Bayangkan sebuah kerajaan yang luasnya dari sempadan India sampai Afrika Utara, tetapi terpaksa bergantung kepada syiling musuh untuk membeli gandum. Itulah keadaan dunia Islam pada akhir abad ke-7, ketika Fitnah Kedua mengoyakkan wilayah Umayyah dan kuasa khalifah tergantung pada seutas tali yang hampir putus.

Di tengah kekalutan itu, muncul seorang khalifah yang terkenal bukan kerana pedangnya, tetapi kerana keberanian mengubah sistem ekonomi dunia Islam. Namanya Abdul Malik bin Marwan, seorang Khalifah yang mewarisi sebuah negara yang retak, tetapi memilih untuk menyatukannya dengan dasar yang jarang dibincangkan: revolusi mata wang Islam.

Abdul Malik naik takhta pada 685 Masihi ketika Umayyah berada di ambang runtuh. Mekah dikuasai Abdullah ibn Zubayr. Iraq bergolak. Syam sendiri kering dengan sumber dan moral. Namun, masalah paling besar bukan pemberontakan.. tetapi ekonomi yang bergantung kepada dinar Byzantine dan dirham Parsi.

Bayangkan: empayar Islam bergantung kepada syiling yang memaparkan imej maharaja musuh.
Lalu pada 693 Masihi, Abdul Malik membuat keputusan yang dianggap gila oleh sesetengah pembesarnya.

Baginda arahkan penghasilan dinar dan dirham Islam yang pertama. Mata wang yang sepenuhnya berdiri atas identiti Arab-Islam, dengan kaligrafi tauhid menggantikan imej raja-raja kuffar.

Byzantine tersinggung dan mengugut perang. Tetapi Abdul Malik tidak berganjak. Dalam masa beberapa tahun, seluruh wilayah Islam menggunakan mata wang baharu ini. Ekonomi kembali stabil. Perdagangan hidup semula. Dan identiti politik Umayyah menjadi lebih kukuh daripada sebelumnya.

Namun revolusi itu tidak berhenti di situ. Abdul Malik turut memodenkan pentadbiran: bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi kerajaan, catatan cukai diseragamkan dan birokrasi asing yang diwarisi sejak zaman Parsi dibersihkan.

Inilah titik perubahan yang menjadikan Umayyah sebuah negara moden dan bukan sekadar negara yang ada wilayah luasa semata-mata.

Paling gah, di tengah segala reformasi itu, tersergam Dome of the Rock. Sebuah binaan megah yang masih utuh berdiri sehingga hari ini. Pada waktu itu, binaan ini menjadi deklarasi bahawa dunia Islam kini berdiri dengan identitinya sendiri dan bukan lagi di bawah bayang sesiapa.

Kisah Abdul Malik bin Marwan membuktikan bahawa penyelamat sebuah empayar tidak semestinya datang daripada hulubalang di medan perang, tetapi juga datang sebagai seorang khalifah yang berani memulakan perubahan dengan syiling-syiling kecil.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.