Sebut saja nama Nicolas Cage, ramai orang mengenali beliau antara bintang Hollywood yang disegani. Tidak ramai tahu disebabkan keinginannya menjadi pengumpul persis raja, Cage kehilangan hasil titik peluhnya bernilai AS$150 juta (RM626 juta).
Selepas membuat kemunculan di Hollywood pada 80-an, nama pelakon berusia 61 tahun ini mula dikenali dalam pelbagai genre filem. Antaranya Con Air, Face/Off, Leaving Las Vegas, Ghost Rider, National Treasure dan The Rock.
Selain meraih gelaran Oscar, Cage juga menerima bayaran lumayan daripada studio Hollywood. Pada satu ketika, beliau meraih pendapatan AS$40 juta (RM167 juta). Menjelang awal dekad 2000, Cage memiliki kekayaan berjumlah AS$150 juta (RM626 juta).
Bila duit banyak, normallah untuk manusia berbelanja untuk memuaskan keinginan masing-masing. Bagi Cage, duit yang ada boleh digunakan untuk membiayai hobinya sebagai pengumpul. Apa yang orang tak perasan ialah pelakon Renfield itu berbelanja bukan macam selebriti tapi macam raja!
Semasa berada di kemuncak, Cage pernah memiliki 15 kediaman di seluruh dunia. Ini termasuk rumah berhantu di New Orleans dan sebuah istana di England. Beliau juga pernah memiliki kereta Lamborghini klasik milik bekas pemerintah Iran, Shah Iran.
Selain kereta dan rumah, Cage juga pernah memiliki fosil dinosaur bernilai AS$276,000 (RM1.1 juta) dan edisi sulung Action Comics (komik penampilan pertama Superman). Cuma tentang fosil, Cage rugi. Sebabnya, ada orang laporkan fosil tersebut merupakan barang curi dan beliau kena pulangkan.
Kerana hobi, Cage sanggup berbelanja jutaan dolar. Tapi sebab ini juga yang tarik perhatian pihak berkuasa cukai Amerika Syarikat (AS). Ini kerana Cage didapati tak bayar cukai sebanyak AS$6.3 juta (RM26.3 juta).
Pada masa itu, karier beliau juga merudum. Banyak filem yang menjadi taruhan Cage di pawagam tak menjadi. Jadi, mahu tak mahu, semua koleksi yang ada dari kereta sampai komik terpaksa dilepaskan sebab nak selesaikan hutang. Cage dilaporkan berhutang sebanyak AS$6 juta (RM25 juta).
Hal ini mendorong beliau menerima semua tawaran filem yang ada termasuk filem berbajet rendah dari 2014 sampai 2022. Peminat yang mengikut perkembangan Cage pun terkejut kenapa beliau buat begitu. Tapi untuk tuan punya badan, beliau rasakan ini satu-satunya cara untuk lunaskan hutang.
Selepas tahun 2022, Cage sah bebas daripada belenggu hutang. Nama beliau juga kembali menjadi sebutan menerusi filem Pig dan The Unbearable Weight of Massive Talent.
Jadi, kisah Cage ini nak tunjuk selebriti pun manusia biasa. Bila silap berbelanja dan gagal urus duit dengan baik, itu yang menyebabkan mereka jatuh. Pada masa sama, kisah ini juga nak tunjuk bahawa selebriti juga mampu bangkit kembali daripada kegagalan silam mereka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




