Cakap pasal kaum penunggang kuda, mesti kita tahu tentang kaum-kaum yang bertebaran di Asia Tengah dan selalu menjarah kerajaan seperti bangsa Hun, Turkik, dan Mongol. Tapi, bangsa penunggang kuda ini juga wujud di Amerika Utara!
Bangsa penunggang kuda yang dimaksudkan itu ialah Lakota. Lakota ialah etnik dari perkumpulan bangsa bernama Sioux, bersama-sama dua lagi etnik bernama Nakota dan Dakota.
Etnik Lakota biasanya tinggal di padang rumput Great Plain yang terletak di kawasan timur Pergunungan Rocky. Mereka menyara hidup dengan memburu sejenis kerbau bernama bison dan mengusahakan penanaman jagung.
Selain bertanam, Lakota juga mahir berdagang dengan kaum-kaum asal Amerika lain, di mana sepanjang pinggir Sungai Missouri menjadi pusat perdagangan.
Pada asalnya, etnik Lakota ini tidak pernah hidup bergantung dengan menjadikan haiwan sebagai pengangkutan seperti kuda. Tapi semuanya berubah pada abad ke-17 Masihi, di mana mereka diperkenalkan haiwan ini oleh kaum jiran bernama Cheyenne.
Sejarawan sekarang masih tertanya-tanya macam mana kaum Cheyenne memperoleh kuda kemudian berkongsi dengan etnik Lakota. Teori yang setakat ini munasabah ialah kuda diperolehi setelah orang Cheyenne berdagang dengan penjajah.
Teori kedua yang disepakat ramai ialah kuda ditinggalkan oleh penjajah Sepanyol. Secara tak lansung kuda-kuda terbiar ini menjadi haiwan liar, kemudian dijinakkan oleh kaum Cheyenne ini.
Saat Lakota mahir menunggang kuda, mereka menjadi kaum asal Amerika yang dominan setelah menakluki seluruh Pergunungan Rocky. Kaum Cheyenne pula tak berapa puas hati dengan tindakan Lakota yang tunjuk taringnya lepas diajar menunggang kuda.
Jadi, kaum Cheyenne mengambil keputusan untuk menjalani hubungan neutral, taknak cari pasal dan taknak berbaik dengan Lakota. Saat kerajaan AS (Amerika Syarikat) ditubuhkan, berlaku konflik perang antara AS dengan Sioux, terutamanya etnik Lakota kerana kerakusan kerajaan memiliki tanah warisan bangsa Sioux.
Salah satu pertempuran yang popular ialah Pertempuran Great Sioux pada tahun 1876. Pada masa tu pasukan tentera AS nak menakluk Bukit Black Hills untuk membina penempatan pelombong emas. Jadi, Lakota dan Cheyenne tak berpuas hati atas tindakan AS yang menceroboh Black Hills yang merupakan sebahagian tanah warisan mereka.
Banyak juga siri-siri pertempuran antara gabungan pahlawan Lakota dan Cheyenne dengan bala tentera AS.
Pertempuran paling bersejarah ialah Pertempuran Little Bighorn pada 25 hingga 26 Jun 1876. Pertempuran ini melibatkan gabungan pahlawan berkuda Lakota, Cheyenne, dan Arapaho melawan rejimen berkuda ke-7 AS yang diketuai oleh Leftenan Kolonel George Armstrong Custer.
Kekuatan rejimen berkuda AS hanya berjumlah 700 anggota saja, berharap dapat meredakan amukan gabungan tiga pasukan pahlawan kaum asal Amerika. Tapi mereka silap kerana seramai 268 anggota terbunuh dan 55 anggota cedera kerana diserang teruk oleh pasukan pahlawan seramai 2,500 anggota!
Serangan mendadak ini menjadi pemangkin kepada kemenangan terbesar ketiga-tiga kaum asal Amerika sampailah monumen bernama ‘Little Bighorn Battlefield National Monument’ dibina bagi memperingati perisitwa kemenangan terbesar mereka.
Kemenangan besar dalam Pertempuran Little Bighorn membuktikan bahawa etnik Lakota bukanlah kaum asal yang pantang tunduk kepada penjajah sehingga kerajaan AS gerun!
Walau bagaimanapun, etnik Lakota dan kerajaan AS telah berdamai setelah kerajaan berjanji bahawa tanah warisan mereka dijaga dan tidak dicemari sesiapa. Sekarang etnik Lakota menetap di negeri North Lakota dan South Dakota, serta wilayah Manitoba dan Saskatchewan di Kanada.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




