Siapa sangka, bunga kecil beraroma wangi seperti cengkih pernah jadi punca dua kuasa besar dunia bertempur habis-habisan di lautan? Ya, itulah kisah Perang Belanda–Inggeris, siri konflik yang bermula hanya kerana rebutan monopoli rempah, terutamanya cengkih, pala dan lada.
Cerita ini bermula sekitar abad ke-17, ketika zaman kegemilangan rempah Nusantara. Kepulauan Maluku di timur Indonesia digelar “Spice Islands” kerana jadi antara pusat utama di dunia yang menghasilkan cengkih dan pala. Pada ketika itu, dua kuasa besar Eropah; Belanda dan Inggeris masing-masing berlumba untuk menguasai perdagangan rempah di rantau ini.
Belanda bernaung di bawah Dutch East India Company (VOC), manakala Inggeris pula ada English East India Company. Kedua-duanya adalah syarikat perdagangan yang memiliki kapal perang, askar dan kuasa politik.
Awalnya, hubungan mereka agak damai. Namun, bila keuntungan rempah semakin tinggi, semangat tamak haloba mula menguasai. VOC mula mendakwa seluruh Kepulauan Maluku sebagai wilayah dagang eksklusif mereka. Inggeris pula berkeras mahu berkongsi pasaran.
Dari situ, bermulalah ketegangan yang akhirnya mencetuskan siri peperangan laut antara 1652 hingga 1784 yang dikenali sebagai Anglo-Dutch Wars. Tak nafi juga, punca lain juga menyumbang kepada peperangan antara dua kuasa ini.
Perang pertama meletus pada tahun 1652. Kedua-dua pihak berperang di laut, terutamanya di sekitar Selat Inggeris dan Laut Utara Eropah. Walaupun kelihatan seimbang, Belanda akhirnya berjaya mengekalkan dominasi mereka di Asia Tenggara.
Puncak konflik ini berlaku ketika Belanda singkirkan Inggeris dari Pulau Run, sebuah pulau kecil di Kepulauan Banda yang penuh dengan pokok pala. Namun yang paling menarik, konflik ini berakhir dengan satu pertukaran wilayah yang pelik tapi benar.
Pada tahun 1667, menerusi Perjanjian Breda, Belanda setuju menyerahkan Pulau Manhattan (hari ini dikenali sebagai New York) kepada Inggeris dengan syarat Inggeris melepaskan tuntutan mereka ke atas Pulau Run di Maluku! Bayangkan, seluruh kota metropolitan New York hari ini asalnya “ditukar” hanya kerana sebiji pulau kecil pengeluar pala di Nusantara!
Perang Belanda–Inggeris menunjukkan betapa rakusnya kuasa Eropah dalam memburu kekayaan Asia. Rempah yang hari ini hanya jadi bahan dapur dulu pernah jadi rebutan darah dan nyawa. Dari kisah ini, kita boleh belajar bahawa sejarah ekonomi dunia adalah tentang kerakusan manusia yang sanggup berperang kerana bunga kecil bernama cengkih.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




