Bayangkan sebuah landasan kereta api yang melintasi dua benua, ribuan kilometer hutan tebal, gunung bersalji dan tanah gersang beku. Itulah Trans-Siberian Railway, projek mega yang pernah dianggap mustahil, tapi akhirnya berjaya menyatukan Rusia dari hujung ke hujung!
Kisah ini bermula pada akhir abad ke-19. Ketika itu, Empayar Rusia sedang berdepan dilema besar. Negara mereka terlalu luas, dari Moscow di barat hingga Vladivostok di timur, tapi sistem pengangkutan sangat terhad.
Untuk bergerak dari satu hujung ke hujung lain, boleh makan masa berbulan-bulan!
Kekangan ini menyusahkan rakyat dan melemahkan kawalan kerajaan ke atas wilayah timur mereka yang jauh itu. Lalu pada tahun 1891, Tsar Alexander III meluluskan satu idea gila: mereka nak bina satu laluan kereta api terpanjang di dunia merentasi Siberia sejauh lebih 9,000 kilometer!
Anakandanya, Putera Nicholas (Tsar Nicholas II), diberi tugas mengetuai projek ini. Pembinaan bermula serentak di beberapa wilayah, dari Moscow hingga Vladivostok. Projek ini melalui tasik, hutan rimba, sungai besar dan tanah beku (permafrost) yang menyukarkan kerja-kerja kejuruteraan.
Beribu-ribu pekerja, dari petani, banduan, hingga askar dikerahkan. Ada yang terkorban akibat cuaca ekstrem Siberia yang mencecah -50°C. Namun kerja tetap diteruskan, kerana Rusia percaya projek ini sebagai simbol kekuatan empayar. Rusia nak buktikan yang mereka mampu tundukkan alam.
Akhirnya pada tahun 1916, selepas lebih dua dekad bekerja, landasan Trans-Siberian Railway siap sepenuhnya. Landasan ini menghubungkan Moscow dan Vladivostok, menempuh 8 zon waktu dan puluhan bandar di sepanjang perjalanan. Kereta api ini menjadi nadi kepada perdagangan, migrasi dan penyatuan wilayah Rusia yang luas itu.
Namun pembinaan landasan ini juga berkait dengan strategi geopolitik. Laluan ini membolehkan tentera Rusia bergerak pantas ke Timur, terutamanya semasa Perang Rusia–Jepun (1904–1905). Ia juga membuka peluang ekonomi baru di Siberia.
Hari ini, Trans-Siberian Railway kekal wujud sebagai laluan kereta api terpanjang di dunia. Dari Moscow hingga Vladivostok, perjalanan memakan masa lebih enam hari tanpa henti! Landasan ini menjadi lambang keazaman dan kegilaan manusia yang sanggup melawan alam demi menyatukan sebuah negara raksasa bernama Rusia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




