Bayangkan sebuah bangsa yang lahir dari puak-puak kecil di selatan Afrika, tapi dalam masa tak sampai dua dekad, mampu bina empayar yang buat kuasa besar British ketar lutut. Itulah kisah Empayar Zulu. Sebuah kerajaan yang bangkit di bawah seorang raja luar biasa bernama Shaka Zulu.
Sebelum abad ke-19, Zulu hanyalah satu suku kecil di kalangan ratusan puak Bantu di Afrika Selatan. Tapi semuanya berubah apabila Shaka naik takhta sekitar tahun 1816. Dengan kepintaran taktikal dan kepimpinan yang keras, dia satukan puak-puak berpecah di bawah satu panji; Zulu.
Shaka adalah seorang reformis ketenteraan yang genius. Dia ubah cara perang orang Afrika, dari sekadar baling lembing dari jauh, kepada taktik serangan jarak dekat menggunakan iklwa, sejenis lembing pendek yang direka khas untuk menikam. Tentera Zulu dilatih dengan disiplin tentera moden, berjalan berkaki ayam berpuluh batu sehari dan disusun mengikut formasi “tanduk kerbau” yang sangat terkenal.
Formasi ini bijak dan cukup berbahaya. Bahagian tengah (kepala kerbau) menyerang secara langsung, manakala dua “tanduk” menyerang dari sisi untuk mengepung musuh. Dalam satu demi satu pertempuran, Zulu menakluk puak-puak jiran dengan mudah.
Tapi yang paling mencabar ialah bila mereka berdepan British, kuasa kolonial yang datang dengan senjata api dan meriam. Pada tahun 1879, meletuslah Perang Anglo-Zulu. Ramai sangka Zulu akan hancur dalam sekelip mata. Tapi dunia terkejut bila tentera Zulu memenangi pertempuran besar di Isandlwana.
Dalam satu hari, lebih 1,300 askar British dibunuh. Inilah kekalahan paling memalukan British di benua Afrika!
Walaupun akhirnya Zulu tewas juga dalam siri peperangan berikutnya akibat kelebihan teknologi British, kemenangan di Isandlwana kekal jadi lambang kehebatan tentera Afrika menentang penjajahan. Zulu buktikan bahawa keberanian dan strategi mampu menandingi senjata dan kuasa Eropah.
Selepas kejatuhan Zulu pada akhir abad ke-19, wilayah mereka dijadikan sebahagian daripada koloni British di Afrika Selatan. Hari ini, bangsa Zulu masih menjadi antara kumpulan etnik terbesar dan paling berpengaruh di Afrika Selatan moden.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




