Kalau kau masih ingat nama Hind Rajab, budak perempuan P berumur lima tahun yang sempat telefon pasukan penyelamat dan menangis minta tolong dalam kereta?
Lepas berbulan-bulan, dokumentari terbaru oleh Al Jazeera akhirnya dedahkan bukti baru yang menggemparkan. Siapa sebenarnya yang bunuh Hind, keluarganya dan pasukan penyelamat yang cuba datang bantu?
Dokumentari tu bertajuk Ma Khafiya Aatham atau dalam bahasa Inggeris, Tip of the Iceberg dan ia hasil kerjasama Al Jazeera dengan Hind Rajab Foundation. Dalam siasatan tu, mereka bongkar bahawa pembunuhan keluarga Rajab pada penghujung Januari 2024 bukan “kemalangan perang” seperti yang didakwa Isewel dulu.
Kerajaan Isewel pada awalnya siap cakap tak ada askar mereka pun di lokasi waktu tu. Tapi bila rakaman satelit dan audio dikaji oleh kumpulan penyelidik Forensic Architecture dari Universiti Goldsmiths, London lain pula ceritanya.
Tak ada langsung bukti berlaku tembak-menembak. Yang ada cuma beberapa kereta kebal Isewel jenis Merkava sedang kepung kawasan tu. Dan ketua operasi masa tu ialah Kolonel Beni Aharon dari Briged Perisai ke-401.
Sekarang, siasatan oleh Hind Rajab Foundation mendakwa dalam briged itulah ada satu unit yang dinamakan “Vampire Empire” diketuai oleh Mejar Sean Glass.
Unit ni bukan saja menembak keluarga Rajab sampai mati, malah cuba ubah tempat kejadian supaya nampak macam kes tembak-menembak biasa.
Lebih mengejutkan, antara anggota unit tu termasuk seorang rakyat Isewel–Argentina bernama Itay Choukirkov yang kini tengah disiasat bawah undang-undang Argentina atas tuduhan terlibat dalam pembunuhan keluarga tersebut.
Unit “Vampire Empire” ni pula sebahagian daripada Batalion Perisai ke-52, yang juga digelar Ha-Bok’im bermaksud The Breachers. Inilah antara pasukan pertama yang masuk ke G masa serangan besar-besaran bermula Oktober 2023.
Menurut Al Jazeera, batalion ni terlibat dalam banyak operasi paling berdarah termasuk pemusnahan beberapa hospital di G.
Dalam dokumentari tu juga, pakar keselamatan Isewel sendiri, Yossi Melman mengaku kerajaan Isewel tak senang duduk bila ada askar mereka disiasat atas jenayah perang. Katanya, bila kes-kes macam ni dibawa ke mahkamah antarabangsa, ia bukan saja memalukan tentera Isewel, tapi juga agensi risikan seperti Shin Bet dan Mossad.
Sekarang, Hind Rajab Foundation tengah ambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu tentera Isewel lain termasuk Shimon Zuckerman, seorang askar yang kononnya jadi “war influencer”.
Dia siap rakam video sendiri bersama rakan-rakan dari Kor Kejuruteraan 8129 masa mereka hancurkan kampung Khuza’a dekat Khan Younis. Rakaman tu, kata foundation tu, bukti jelas niat genosid yang sama iaitu niat untuk hapuskan orang awam P.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




