Pernahkah tak terfikir macam mana dunia Islam dulu jadi pusat ilmu teragung dunia? Itulah yang berlaku semasa era Dinasti Abbasiyah. Satu zaman luar biasa yang menyaksikan kebangkitan sains, falsafah dan teknologi yang mendahului tamadun Barat selama berabad-abad.
Kisah ini bermula selepas kejatuhan Bani Umayyah pada tahun 750 Masihi. Abbasiyah muncul sebagai kuasa baharu yang berpusat di Baghdad. Di bawah pemerintahan Khalifah Abu al-Abbas as-Saffah dan seterusnya al-Mansur, Baghdad dibangunkan menjadi kota gemilang dan pusat ilmu dan kebudayaan dunia Islam.
Segalanya berubah bila Khalifah Harun al-Rashid dan anakandanya, al-Ma’mun, memerintah. Di tangan mereka, Baghdad menjelma sebagai “permata dunia”. Istana khalifah dipenuhi para ilmuwan, ahli falsafah, doktor, ahli matematik dan penterjemah dari pelbagai pelusuk dunia.
Mereka tidak kira bangsa atau agama. Arab, Parsi, Yahudi, Kristian, semuanya disatukan di bawah satu matlamat: menuntut ilmu. Hasilnya, wujudlah satu institusi agung yang dikenali sebagai Bayt al-Hikmah.
Bayt al-Hikmah menjadi pusat penyelidikan dan penterjemahan terbesar di dunia ketika itu. Di sinilah karya agung Yunani, Parsi dan India diterjemah ke dalam bahasa Arab.
Disinilah lahir generasi saintis Islam agung. Tokoh seperti al-Khawarizmi, bapa algebra; Ibn Sina, pakar perubatan agung; dan al-Haytham, pelopor optik moden. Semuanya hasil daripada budaya ilmu yang disemai oleh Abbasiyah.
Selain sains dan perubatan, bidang astronomi, falsafah dan kejuruteraan juga berkembang pesat. Balai cerap dibina, peta bintang dilukis dan ciptaan-ciptaan mekanikal dicipta dengan ketepatan luar biasa. Sementara Eropah masih bergelut dalam Zaman Gelap, Baghdad sudah bercahaya dengan ilmu dan tamadun.
Namun seperti semua empayar besar, sinar Abbasiyah tak kekal selamanya. Serangan Mongol pada tahun 1258 Masihi menamatkan keagungan Baghdad. Kota ilmu itu musnah dibakar dan sungai Tigris dikatakan hitam oleh dakwat buku-buku yang dicampak ke dalamnya.
Tapi warisan ilmu Abbasiyah tidak pernah mati. Segala yang diwariskan oleh para ilmuwan Islam inilah yang akhirnya menjadi asas kepada kebangkitan sains moden di Eropah. Dari algebra hingga anatomi, semuanya berakar dari tangan-tangan cendekiawan Islam di zaman Abbasiyah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




