Kalau anda rasa Tembak Besar China satu-satunya kubu yang masih utuh berdiri, anda sebenarnya salah! Sebenarnya, wujud lagi satu ‘Tembok Besar China’ tapi dibina nun jauh di barat!
Tembok tersebut namanya ialah Tembok Hadrian yang terletak berhampiran sempadan England dan Scotland. Tembok ini telah dibina sejak era Empayar Rom, sekitar tahun 122 Masihi.
Kisahnya bermula pada era pemerintahan maharaja Empayar Rom bernama Hadrian. Masa tu empayarnya sangat luas bermula dari Kepulauan Britain sampailah ke Asia Kecil (Türkiye sekarang).
Di Britain, Maharaja Hadrian datang melawat kerana terdapat aduan mengenai masalah tentera Rom mempertahankan jajahan dari serangan puak asal yang tak pernah putus melawan seperti puak Pict dan Scottish.
Jadi, baginda memberikan penyelesaian yang dilihat bernas ketika itu: membina tembok. Saat baginda menitahkan pasukan tentera Rom untuk membinanya, kesemua skuad tentera yang berkawal di Britain terus membina tembok dari kawasan timur hingga ke barat Britain.
Masalahnya, kepulauan tu tidak banyak sangat batu, jadi tentera Rom menggunakan rumput sebagai bahan asas, diakhiri dengan terbinanya tembok rumput.
Nampak macam tak kuat sangat tembok batu ni, tapi cukup syarat jelah bagi nampak wujudnya tembok supaya pihak musuh tidak berani datang menyerang. Lama-kelamaan, tembok ini telah ditambah baik dengan menambah batu-batuan di atas tembok rumput.
Dengan terbinanya Tembok Hadrian, Rom berjaya sekat kemaraan puak-puak asal Britain, sekaligus menjadi sempadan antara wilayah Britain milik Rom dan Scotland.
Tembok Hadrian kemudian diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1987. Sekarang, sebahagian Tembok Hadrian masih lagi utuh tapi 91 peratus dari tembok telah ditimbus oleh tanah.
Siapa sangka, dengan terbinanya tembok kita dapat mengetahui sejarah sesebuah kaum lebih jelas, malah memahami kemahiran mereka menciptakan monumen yang luar biasa, kemudian bakal menjadi tanda kebanggaan!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




