Dalam dunia haiwan laut, ada satu kumpulan udang ini mempunyai tugas yang sangat unik! Saiz udang ini kecil saja tapi ikan-ikan lain suka mendekati udang ini kerana ia suka bersihkan badan ikan!

Kumpulan udang yang dimaksudkan itu ialah ‘Cleaner Shrimp’ atau udang pembersih. Kumpulan ini memang seumur hidupnya sentiasa bersihkan tubuh mana-mana haiwan laut seperti ikan dari jangkitan parasit.

Terdapat tiga keluarga dari kumpulan udang ini: Hippolytidae, Palaemonidae, dan Stenopodidae. Istilah ‘udang pembersih’ kadang-kadang digunakan khusus kepada keluarga udang Hippolytidae saja.

1. Keluarga Hippolytidae

Salah satu spesis udang dari keluarga Hippolytidae ialah udang pembersih Pasifik (Lysmata amboinensis). Spesis udang ini dianggap sebagai udang pembersih kerana ia jadikan parasit dan tisu mati dari badan ikan sebagai santapan. Maka, udang haruslah mencari gunakan kakinya apabila ikan datang singgah.

Udang pembersih Pasifik memainkan peranan penting dalam ekosistem terumbu karang, sebagai ejen hapuskan perosak yang merosakkan hidup ikan. Habitatnya meluas di kawasan tropikal yang biasanya terletak pada kedalaman lima hingga 40 meter.

Udang pembersih Pasifik memiliki tempoh peringkat larva yang panjang dan tahap kematangan seksual yang luar biasa, di mana pada peringkat awal jantina udang ialah jantan tapi bertukar menjadi hermaprodit (individu mempunyai dua jantina) ketika menjadi dewasa.

Udang ini sangat popular sebagai haiwan perhiasan dalam akuarium yang biasanya disebut dengan panggilan ‘udang pembersih skunk’. Hal ini disebabkan badan udang yang mempunyai warna mencolok mata, bersifat damai, dan mempunyai hubungan simbiosis dengan ikan lain.

2. Keluarga Palaemonidae

Spesis udang dari keluarga Palaemonidae ialah spesis ‘Ancylomenes magnificus’. Spesis udang ini biasanya ditemui di Samudera Barat Pasifik pada kedalaman tiga hingga 29 meter. Udang ini banyak ditemui di terumbu karang scleractinian, karang Catalaphyllia dan spesis anemone bernama ‘Dofleinia armata’.

Mereka memiliki tubuh lut sinar kecuali di bahagian karapas (bahagian kepala) dan segmen pada abdomen yang memiliki tompokan atau bintik putih bersama garisan merah. Ekor dan bonggol di abdomen udang ini juga berwarna putih.

3. Keluarga Stenopodidea

Satu lagi spesis udang dari keluarga Stenopodidea ialah spesis udang ‘Stenopus hispidus’. Nama umumnya ialah udang karang berbelang dan udang pembersih berbelang disebabkan badanya penuh dengan belang merah.

Spesis udang ini mempunyai habitat yang bertaburan di Lautan Atlantik Barat, bermula dari Kanada ke Brazil, termasuklah Teluk Mexico. Di Australia, habitat spesis ini terletak di selatan sejauh Sydney dan juga ditemui di sekitar New Zealand.

Spesis ‘Stenopus hispidus’ hidup di bawah zon intertidal, pada kedalaman sehingga 210 meter di terumbu karang. Spesis udang ini melakukan tugas pembersihan, melepasi individu (ikan) ke individu yang lain, dengan perlahan-lahan melambai sesungut putih yang panjang. Seolah-olah memanggil ikan untuk menerima ‘servis’ pembersihannya!

Di kawasan terumbu karang, udang bersih berkumpul di ‘stesen pembersihan’, tempat ikan ‘berlabuh’ untuk dibersihan oleh udang pembersih. Apabila ikan tiba, udang pembersih akan melakukan tarian goyang dari sisi ke sisi untuk memberi isyarat perkhidmatan mereka.

Beginilah cara hidup haiwan akuatik bernama udang pembersih. Inilah salah satu keajaiban dalam dunia haiwan, menunjukkan kita bahawa setiap haiwan mempunyai fungsi tersendiri untuk mengekalkan ekosistem!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.