Dalam ramai pemimpin dunia yang pernah hadir ke Malaysia, tak ramai yang boleh buat satu dewan tergelak termasuk Donald Trump. Tapi Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya buat benda tu dalam masa tak sampai seminit.

Ketika sesi menandatangani Kuala Lumpur Peace Accord sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di KLCC, Anwar sempat selit satu gurauan yang cukup “berisi”. Katanya pada Trump:
“One of which is that I was in prison, and you almost got there.”

Seluruh dewan gelak. Tapi lawak tu sebenarnya sindiran halus, berlapik sejarah. Satu pernah benar-benar duduk dalam penjara atas perjuangan politik, satu lagi hampir ke penjara sebab kes palsu dokumen bayar pelakon lucah. Ironinya, dua-dua sekarang duduk di kerusi paling berkuasa di dunia.

Trump yang baru sahaja menjejak kaki ke Asia Tenggara untuk kali pertama sejak jadi Presiden ke-47 Amerika, sebenarnya cuma singgah sehari di Malaysia.

Pagi ni dia dah ke Jepun dan Korea untuk sidang APEC di mana pertemuan besarnya dengan Xi Jinping dijadualkan.

Tapi walau sehari, kehadiran dia tetap bawa makna besar sebab Malaysia jadi tuan rumah perjanjian damai Kemboja–Thailand yang dia sempat “claim” hasil usaha dia sendiri.

Namun menariknya, Trump tetap akui peranan Malaysia dalam proses tu. Siap berterima kasih kepada PMX, satu benda yang jarang sangat keluar dari mulut Trump.

Itu benda yang jarang-jarang keluar dari mulut Trump yang biasanya hanya puji diri sendiri.

Perjanjian tu pun dinamakan Kuala Lumpur Accord, bukannya Trump Peace Deal. Dan itu sendiri dah cukup menunjukkan diplomasi Anwar berjaya kekalkan wajah Malaysia sebagai “broker damai” yang dihormati tanpa tunduk pada ego Amerika.

Ramai kecam kenapa sambut dia dengan karpet merah siap ada tarian bagai. Tapi politik dunia ni kadang kena bijak main seni. Trump ni jenis kalau terasa, boleh simpan sampai ke ucapan rasmi.

Dalam dunia antarabangsa, bukan semua benda boleh dilawan dengan marah dan emosi. Kadang-kadang, nak pastikan rambut tak putus dan tepung tak berselerak, kena main seni.

PMX tahu, tak ada siapa pun suka dengan dasar Amerika. Tapi dalam realiti dunia sekarang, kita tak boleh hidup dalam gelembung idealisme semata-mata.

Malaysia kena pandai menari di tengah ribut. Di kiri ada China, di kanan ada Amerika, dan di depan ada dunia Islam yang sedang menangis kerana Ghazzah.

Lawak penjara PMX mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya ia simbol bagaimana dia tangani politik antarabangsa dengan gaya tersendiri.
Dalam dunia diplomasi, itulah yang dinamakan kemenangan tanpa perlu berperang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.