Bila orang sebut tentang tamadun purba, kebanyakan akan terus fikir Mesir, Yunani, atau Rom. Tapi ramai tak tahu, di timur benua Afrika, pernah wujud sebuah empayar hebat bernama Aksum. Bahkan kerajaan ini dah capai kemajuan luar biasa jauh sebelum Eropah.
Kerajaan Aksum muncul sekitar abad ke-1 Masihi di kawasan yang kini dikenali sebagai Ethiopia dan Eritrea. Terletak strategik di tepi Laut Merah, Aksum berkembang jadi kuasa perdagangan terbesar di rantau itu. Kapal-kapal dari Arab, India dan Rom berlabuh di pelabuhan Aksum untuk berdagang emas, gading, kemenyan dan rempah ratus.
Dari situ, Aksum mula dikenali sebagai “permata timur Afrika”.
Yang menariknya, Aksum juga menjadi pusat tamadun dan inovasi. Mereka mencipta sistem tulisan sendiri yang dipanggil Ge’ez, bahasa yang masih digunakan dalam liturgi gereja Ethiopia hari ini. Mereka juga antara tamadun pertama di dunia yang mengeluarkan syiling emas sendiri. Dalam dunia purba, hanya kuasa besar seperti Rom dan Parsi yang memiliki keupayaan sebegitu.
Kekuatan Aksum bukan hanya pada kekayaan, tapi juga pada keagamaan. Pada abad ke-4 Masihi, Raja Ezana, sang pemerintah agung Aksum, memeluk agama Kristian. Ini menjadikan Aksum antara kerajaan terawal di dunia yang menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, jauh lebih awal daripada kebanyakan Eropah!
Sejak itu, salib dan ajaran Injil jadi sebahagian daripada identiti mereka, sekaligus membentuk akar sejarah Kristian di Afrika Timur.
Bangunan dan monumen Aksum juga mencerminkan kemegahan tamadun ini. Hingga hari ini, batu-batu obelisk raksasa mereka, ada yang setinggi bangunan 6-7 tingkat masih berdiri teguh di bandar Aksum. Seni bina ini menjadi simbol keagungan dan kebijaksanaan teknologi mereka yang menakjubkan.
Namun, seperti banyak tamadun besar lain, keagungan Aksum perlahan-lahan merosot. Faktor perubahan iklim, kejatuhan perdagangan Laut Merah dan tekanan kuasa Islam yang bangkit di Semenanjung Arab menjejaskan kekuatan Aksum. Menjelang abad ke-10, Aksum lenyap dari peta dunia.
Yang luar biasa, ketika Eropah masih belum mengenal tamadun Kristian secara meluas, Aksum sudah pun membina gereja, menghasilkan syiling dan mengurus sistem perdagangan antarabangsa. Dalam erti lain, Afrika sudah pun punya empayar canggih.
Hari ini, kisah Aksum jadi bukti bahawa Afrika bukanlah benua gelap seperti yang digambarkan oleh pihak kolonial Barat. Afrika adalah bumi yang pernah melahirkan kuasa besar, tamadun bijaksana dan masyarakat yang membentuk sejarah dunia lebih awal daripada yang ramai sangka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




