Nama kelab ini tiba-tiba je melonjak naik, oleh kerana solidariti mereka yang kuat kepada tanah P yang tertindas oleh kezaliman. Bukan sikit-sikit mereka tonjolkan solidariti mereka, bahkan sampai tunjukkannya di bahagian stadium bahawa memang mereka menunjukkan sokongan padu kepada P.
Dari mana sejarah kelab Athletic Bilbao ini? Ditubuhkan lebih seratus tahun yang lalu, kisah kelab ini bukan hanya tentang kemenangan di atas padang, tetapi juga tentang mempertahankan jati diri dalam dunia bola sepak yang semakin global.
Sejarah penubuhan Athletic Bilbao bermula sekitar hujung abad ke-19. Ketika itu, pelabuhan Bilbao sedang pesat membangun dan ramai pekerja serta jurutera dari Britain datang ke sana untuk bekerja. Mereka membawa bersama minat terhadap bola sepak yang ketika itu baru mula popular di Eropah.
Tak lama kemudian, orang tempatan yang tertarik dengan sukan baru ini mula belajar dan bermain bersama mereka. Dari sinilah benih kelab itu mula tumbuh.
Pada tahun 1898, sekumpulan anak muda tempatan menubuhkan Athletic Club. Beberapa tahun kemudian, pada 1902, pekerja British yang sudah lama di Bilbao menubuhkan satu lagi kelab bernama Bilbao Football Club.
Namun, dua kelab ini akhirnya bergabung menjadi satu, iaitu Athletic Club de Bilbao. Penggabungan ini menjadi titik mula kepada kelab yang kini dikenali dengan nama ringkasnya, Athletic Bilbao.
Menariknya, sejak awal lagi Bilbao sudah menunjukkan semangat yang berbeza daripada kelab lain. Mereka menolak untuk bergantung kepada pemain luar. Sebaliknya, mereka hanya mengambil pemain kelahiran Basque atau mereka yang dibesarkan dalam budaya Basque.
Polisi ini kekal hingga hari ini dan menjadi simbol utama kelab itu. Walaupun kadang-kadang dikritik sebagai ketinggalan zaman, tetapi tidak bagi penyokong mereka yang terus menyokong polisi ini. Bak kata orang, terus “sapot lokal”.
Stadium San Mamés, yang digelar “La Catedral”, menjadi rumah suci bagi pasukan ini sejak 1913. Setiap kali Bilbao bermain di situ, suasananya penuh semangat dan kebanggaan. Bagi orang Basque, menonton perlawanan di San Mamés menjadi satu bentuk perayaan identiti yang teras buat mereka.
Athletic Bilbao juga merupakan salah satu kelab tertua dan paling berjaya di Sepanyol. Mereka pernah menjuarai La Liga beberapa kali dan memenangi Copa del Rey lebih daripada dua puluh kali. Namun, kejayaan terbesar Bilbao bukan pada jumlah piala, tetapi pada keupayaan mereka kekal relevan dengan hanya menggunakan tenaga tempatan dalam era moden bola sepak yang penuh dengan pemain import.
Pada dekad-dekad tertentu, Bilbao sering muncul sebagai pencabar utama di kelab La Liga dengan menghadapi cabaran kelab-kelab gergasi seperti Real Madrid dan Barcelona. Walaupun tidak selalu menang, cara mereka berjuang dengan semangat tinggi membuatkan mereka dihormati di seluruh Sepanyol.
Falsafah Bilbao yang menekankan “sentiasa setia kepada asal” memberi inspirasi kepada banyak kelab lain di dunia. Dalam era di mana duit dan pemain bintang menentukan kejayaan, Bilbao tetap berdiri dengan cara mereka sendiri.
Athletic Bilbao terus melahirkan pemain berbakat dari akademi mereka, Lezama. Dari sinilah lahir nama-nama besar seperti Julen Guerrero, Andoni Zubizarreta, Aritz Aduriz dan Iker Muniain. Generasi muda ini membuktikan bahawa semangat lama masih hidup, dan perjuangan mengekalkan identiti bukan sesuatu yang sia-sia.
Kini, mereka yang menduduki kedudukan ke-8 terus berentap di La Liga dengan polisi yang sama dan terus berjuang mengekalkan tempat mereka. Walaupun semakin lama, bukan mudah dengan semakin kuatnya kelab-kelab gergasi dan bangkitnya kelab-kelab kecil lain di sekeliling mereka, namun itu bukan menjadi penghalang untuk mereka terus berjuang.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




