Bayangkan sekumpulan petani bersenjatakan senapang lama dan kuda, berdepan tentera empayar paling berkuasa di dunia. Mustahil mereka boleh menang, kan? Tapi itulah keberanian orang Boer, keturunan peladang Belanda di Afrika Selatan yang bangkit menentang penjajahan British dalam apa yang dikenali sebagai Perang Boer (1880–1902).
Kisah ini bermula lama sebelum perang. Orang Boer atau “Afrikaner” merupakan pendatang Belanda yang menetap di Afrika Selatan sejak abad ke-17. Mereka membina kehidupan di tanah pedalaman, jauh dari pantai yang dikuasai British. Tapi apabila British menakluk Cape Colony pada awal 1800-an, segalanya berubah.
Orang Boer berasa terancam. Bahasa, budaya dan agama mereka ditekan, lalu ramai berpindah ke utara dan menubuhkan dua republik bebas: Transvaal dan Orange Free State.
Selama beberapa dekad, mereka hidup berdikari. Namun semuanya mula goyah apabila emas dan berlian ditemui di kawasan jajahan mereka pada penghujung abad ke-19. British yang tamak sumber terus mencari alasan untuk campur tangan. Maka teganglah hubungan antara dua pihak, antara kuasa penjajah yang berlagak tuan dunia dan petani sederhana yang hanya mahu hidup bebas.
Perang Boer Pertama (1880–1881) tercetus apabila British cuba menakluk Transvaal. Tapi kejutan berlaku, orang Boer menang! Mereka gunakan taktik gerila, menyerang hendap dari kawasan berbukit yang mereka kenal seperti tapak tangan sendiri. Dalam masa singkat, British terpaksa akur dan mengiktiraf semula kemerdekaan Transvaal.
Namun British masih tak puas hati. Pada tahun 1899, perang meletus sekali lagi. Kali ini jauh lebih besar dan berdarah. Perang Boer Kedua menyaksikan empayar British menghantar lebih 400K askar untuk menundukkan sekitar 40K pejuang Boer. Mereka membakar ladang, merampas ternakan dan paling tragis, mereka bina kem tahanan (concentration camps) untuk menahan wanita dan kanak-kanak Boer.
Puluhan ribu orang mati dek kebuluran dan penyakit.
Walaupun akhirnya British menang pada tahun 1902, semangat orang Boer tidak pernah mati. Mereka kehilangan republik, tapi bukan identiti. Daripada abu kekalahan itu, lahirlah nasionalisme Afrikaner yang akhirnya membawa kepada pembentukan negara Afrika Selatan pada 1910.
Ironinya, bekas petani inilah yang kemudian memerintah seluruh tanah itu, termasuk bekas penjajah mereka. Perang Boer adalah kisah tentang keberanian sebuah bangsa kecil mempertahankan maruah dan tanah mereka. Mereka bukan tentera profesional, tapi semangat mereka menggegarkan empayar terbesar dunia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




