Ramai yang tahu Vatican City ni negara terkecil di dunia, luasnya cuma 0.44 kilometer persegi, siap boleh jalan keliling dalam masa setengah jam. Tapi persoalan yang jarang orang tanya: ada ke orang awam yang betul-betul tinggal di situ? Atau negara ni hanya dipenuhi paderi dan pegawai gereja? Jawapannya ya, tapi dengan syarat yang sangat ketat.
Untuk faham kenapa Vatican jadi macam tu, kita kena imbas balik sejarah panjang Negara Paus (Papal States), wilayah asal yang jauh lebih besar dari Vatican hari ini. Bermula pada abad ke-8, Paus (ketua Gereja Katolik) mula diangkat sebagai pemerintah politik. Mereka menguasai kawasan luas di tengah Itali, termasuk Rome, Bologna dan Ravenna. Bayangkan, satu masa dulu Paus ni ibarat sang raja yang siap ada tentera sendiri!
Kuasa duniawi Paus ini bertahan berabad-abad lamanya. Tapi masuk abad ke-19, angin nasionalisme mula bertiup di Itali. Gerakan penyatuan Itali yang dipimpin oleh tokoh seperti Garibaldi dan Victor Emmanuel II menentang kuasa gereja. Satu demi satu wilayah Papal States jatuh ke tangan kerajaan Itali, sampai akhirnya pada tahun 1870, Rome pun ditawan. Maka berakhirlah kekuasaan politik Paus ke atas wilayah besar dan bermulalah konflik panjang antara Vatican dan kerajaan Itali.
Selama hampir 59 tahun, Paus menolak untuk keluar dari Vatican. Mereka anggap diri “tawanan” dalam istana sendiri. Krisis ni akhirnya diselesaikan pada tahun 1929 melalui Perjanjian Lateran antara Paus Pius XI dan diktator Itali, Benito Mussolini. Hasilnya, Vatican City diiktiraf sebagai negara berdaulat; meskipun kecil, negara ini bebas sepenuhnya dari kuasa Itali.
Sejak itu, Vatican City kekal unik: negara tanpa rakyat awam dalam erti kata biasa. Populasinya sekitar 800 orang sahaja dan semuanya berstatus khas. Sama ada paderi, pengawal Swiss, pegawai diplomatik atau pekerja rasmi gereja. Tiada sesiapa yang “lahir sebagai rakyat Vatican.” Warganegara hanya diberi berdasarkan jawatan dan akan hilang bila mereka berhenti kerja atau berpindah keluar.
Tapi adakah langsung tiada orang awam? Ada, tapi sangat sedikit. Misalnya, beberapa pekerja awam, ahli muzik koir, doktor atau juruteknik yang bekerja tetap dengan gereja. Mereka ni dianggap “penduduk,” tapi bukan “warganegara.” Kalau nak beli rumah atau buka kedai sendiri? Lupakan saja. Semua tanah di Vatican milik gereja sepenuhnya, tiada hak milik persendirian.
Menariknya, walaupun kecil, Vatican City ada semua ciri negara: mata wang (Euro), pasport sendiri, pos, balai polis, malah stesen radio dan akhbar. Tapi tiada hospital, tiada sekolah awam, tiada pasar raya. Untuk keperluan harian, pekerja dan paderi biasanya keluar ke Rome. Jadi kehidupan di Vatican bukan seperti di negara biasa. Vatican ni lebih kepada komuniti eksklusif yang berfungsi untuk satu tujuan: mentadbir urusan Gereja Katolik sejagat.
Kesimpulannya, Vatican City bukan tempat orang awam boleh “tinggal” macam negara lain. Ia negara simbolik, kecil tapi berpengaruh, di mana setiap penduduknya hidup untuk berkhidmat kepada gereja. Ironinya, walaupun inilah “negara paling suci di dunia,” tiada siapa yang dilahirkan di situ.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




