Kalau korang rasa dah cukup berjimat, tunggu dulu sampai korang dengar tentang Saki Tamogami. Wanita Jepun ini digelar sebagai “wanita paling jimat di dunia” sebab cara dia uruskan duit memang luar biasa. Bukan jimat sikit-sikit, tapi sampai tahap orang lain mungkin rasa tak masuk akal. Tapi bagi Saki, hidup berjimat merupakan satu gaya hidup yang dah sebati dalam dirinya sejak kecil.
Saki tinggal di Tokyo, salah satu bandar paling mahal di dunia. Tapi yang peliknya, dia hanya belanja sekitar 200 yen sehari, lebih kurang dalam RM6 je sehari! Biar betul?
Dia tak guna pendingin hawa walaupun musim panas, dan masak guna tenaga yang dijimatkan daripada api dapur gas yang dikawal dengan bijak. Kalau orang lain sibuk cari diskaun di pasar raya, Saki lagi ekstrem. Dia cari makanan yang hampir tamat tarikh luput sebab harga jauh lebih murah. Katanya, kalau makanan tu masih elok, tak ada sebab nak buang.
Gaya hidup dia ni mula jadi perhatian bila rancangan televisyen Jepun buat dokumentari khas tentangnya. Penonton terkejut bila nampak macam mana Saki ubah hampir semua aspek hidup untuk kurangkan perbelanjaan.
Dia guna air basuhan pertama untuk cuci baju, kemudian air kedua untuk mop lantai. Lampu rumahnya pun jarang dibuka, sebab dia lebih suka duduk dekat tingkap dan guna cahaya semula jadi. Bila malam, lilin jadi pilihan utama.
Ada orang kata Saki ini kedekut, tapi kalau tengok dari sudut lain, dia sebenarnya sangat bijak mengurus sumber. Dalam dunia moden yang penuh pembaziran, Saki menjadi simbol penentangan terhadap budaya konsumerisme.
Dia buktikan bahawa manusia tak perlukan banyak benda untuk bahagia. Saki kata, bila dia berjimat, dia lebih menghargai setiap perkara kecil dalam hidup. Sebab itulah sampai makanan, air, sehingga pakaian, semua ada nilai tersendiri.
Yang menarik, Saki bukanlah orang miskin atau susah. Dia ada pekerjaan tetap dan pendapatan yang stabil, iaitu sebagai ejen hartanah. Tapi dia pilih untuk hidup minimalis sebab tak nak terikat dengan gaya hidup mewah yang memenatkan.
Bagi dia, kebebasan sebenar datang bila kita tak dikuasai oleh keinginan untuk memiliki banyak benda. Bila ditanya apa dia buat dengan duit yang dijimatkan, Saki senyum dan kata dia simpan untuk masa depan, bukan untuk berbelanja, tapi untuk tenteramkan hati.
Walaupun ada yang anggap cara hidup Saki ekstrem, ramai juga yang terinspirasi. Dalam media sosial, kisahnya sering dijadikan contoh untuk gerakan “frugal living” atau hidup berjimat. Ramai mula sedar bahawa nak bahagia bukan bermaksud kena ada duit banyak. Kadang-kadang, cukup sekadar tahu guna apa yang kita ada dengan cara paling bijak.
Bila sudah berbelanja sedikit je, itulah yang menyebabkan Saki mampu membeli sampai tiga rumah pada tahun 2019, satu matlamat yang dah lama dipasang olehnya sejak berumur 19 tahun. Bukan itu sahaja, dia juga buat bisnes pula dengan rumah-rumah tersebut, dengan menjadikannya sebagai rumah sewa sebagai satu pelaburan untuk dirinya.
Cerita Saki membuka mata kita tentang makna sebenar kesederhanaan. Dalam budaya Jepun, konsep “mottainai” sangat kuat, iaitu rasa kesal bila sesuatu dibazirkan. Saki hidup sepenuhnya dengan semangat tu.
Setiap titis air, setiap cebis nasi, semuanya berharga. Dalam dunia serba moden ni, mungkin kita boleh belajar sesuatu daripada wanita yang hidupnya penuh kesedaran dan disiplin.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




