Bayangkan dua tamadun besar, Islam dan Kristian, bertembung di tengah Laut Mediterranean dengan ratusan kapal perang, ribuan meriam dan puluhan ribu tentera laut. Itulah Pertempuran Lepanto tahun 1571, antara Empayar Uthmaniyyah dan gabungan kuasa Eropah yang dikenali sebagai Holy League.

Kisah ini bermula bila Empayar Uthmaniyyah di bawah Sultan Selim II terus melebarkan sayapnya ke Laut Mediterranean. Selepas menakluk Cyprus daripada Venesia, Eropah mula panik. Paus Pius V segera menggesa semua kuasa Kristian bersatu termasuk Sepanyol, Venesia dan Negara Kepausan untuk menentang Islam.
Maka lahirlah Holy League, satu gabungan besar yang diketuai oleh Don Juan of Austria, adik tiri Raja Sepanyol.

Pada 7 Oktober 1571, dua armada besar ini bertembung di perairan Lepanto, di barat Yunani. Uthmaniyyah menghantar sekitar 250 kapal galley dan 34 kapal besar di bawah Laksamana Ali Pasha. Manakala pihak Kristian membawa hampir 212 kapal dengan lebih 80K tentera, termasuk tentera Sepanyol, Venesia, dan Knights of Malta.

Pertempuran berlangsung sengit selama berjam-jam. Meriam, panah dan senapang meletus bertalu-talu. Satu persatu tentera terkorban, manakala kapal demi kapal karam atau terbakar. Ali Pasha sendiri terbunuh dalam pertempuran, kepalanya dijulang di atas tiang kapal musuh bagi menandakan tanda kekalahan Uthmaniyyah yang pertama di laut sejak berabad lamanya.

Kemenangan Holy League di Lepanto disambut besar-besaran di Eropah. Dunia Kristian menganggapnya sebagai “kemenangan suci” melawan Islam. Namun hakikatnya, Empayar Uthmaniyyah tidak jatuh pun. Dalam masa beberapa tahun sahaja, mereka berjaya bina semula armada laut mereka malah masih kekal menguasai sebahagian besar Laut Mediterranean Timur.

Lepanto bukan titik kejatuhan Uthmaniyyah, tapi ia menandakan berakhirnya zaman dominasi mutlak mereka di laut. Kuasa Eropah mula bangkit dengan teknologi meriam dan kapal perang moden, membuka jalan kepada era penjajahan laut yang lebih agresif selepas itu.

Yang menarik, antara saksi sejarah perang ini ialah penulis Sepanyol Miguel de Cervantes, pengarang Don Quixote yang turut bertempur di Lepanto dan kehilangan tangannya di situ. Katanya, “Kehilangan tanganku di Lepanto lebih berharga daripada seluruh nyawaku.”

Pertempuran Lepanto kekal dalam sejarah sebagai simbol pertembungan tamadun Islam dan Kristian yang sama hebat dan sama berani. Sejarah ini juga menjadi titik perubahan geopolitik yang menentukan siapa menguasai lautan dan siapa menguasai masa depan dunia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.