Aku sangat sedih cakap benda ni. Tapi sebab bos aku paksa tulis. Lagi-lagi bila Liverpool kena debik 0-3 dengan Crystal Palace pagi tadi.
Tahun lepas boleh menang liga dengan bergaya, tapi musim ni Liverpool main macam tak pernah kenal bola.
Empat kekalahan berturut-turut termasuk kena beduk dekat Anfield sendiri dengan Manchester United yang tengah hauk memang punca darah tinggi penyokong.
Yang lagi sakit hati, Arne Slot ni dah dapat belanja hampir £450 juta beli pemain-pemain muda yang konon akan bawa era baru. Tapi bila tengok gaya main sekarang, duit tu macam dibakar je. Semua nampak serabut, tiada identiti, tiada semangat. Macam pasukan tengah rebuild tapi tak tahu nak rebuild apa.
Mohamed Salah pun dah macam hilang sentuhan. Dulu kalau dia pegang bola, kita semua bersorak sebab tahu ada peluang gol. Sekarang, dia pegang bola pun rasa cemas. Tujuh perlawanan tanpa gol dari open play. Peluang depan gol pun sepak keluar. Rooney pun sempat sindir katanya Salah dah malas nak bantu bertahan. Tapi nak drop dia? Tak mungkin. Liverpool tanpa Salah ni ibarat nasi lemak tanpa sambal, rasa kosong.
Slot pula macam tak tahu nak guna pemain yang dia beli. Alexander Isak dibayar £125 juta, tapi gol satu je dalam tujuh perlawanan. Hugo Ekitike yang kononnya bintang baru pun dah kena sejukkan bangku sebab buka baju masa celebrate gol. Sekarang dua striker yang mahal, dua-dua tak tahu nak main sama. Kalau Klopp dulu, benda ni takkan jadi sebab dia tahu siapa sesuai main dengan siapa. Slot ni nampak macam tengah eksperimen, tapi eksperimen dia ni buat kita jatuh tangga liga.
Florian Wirtz pula dibeli dengan harga £116 juta, tapi macam hiasan. Kat Leverkusen dia superstar, kat sini dia macam budak baru nak belajar passing. Dia kreatif, tapi Slot letak dia kat posisi yang tak sesuai. Tempo jadi perlahan, serangan tak hidup. Statistik tunjuk Wirtz sebenarnya antara paling banyak cipta peluang dalam liga, tapi Slot simpan dia. Bila kalah, baru nak cakap “kita belum jumpa formula.” Formula apa kalau semua benda dah hancur?
Pertahanan pun makin kelakar. Bila Trent pindah ke Real Madrid, aku dah agak ini akan jadi masalah. Frimpong, Bradley, Kerkez semua ni boleh mara ke depan, tapi belakang longgar. Van Dijk dah macam kena kerja OT tiap perlawanan. Dah bolos 11 gol musim ni, lima dari set-piece pulak tu. Liverpool dulu terkenal dengan pressing dan disiplin pertahanan. Sekarang, bola mati pun kita tak boleh jaga.
Yang paling aku tak boleh hadap, Slot pergi bagitahu media yang Liverpool susah nak lawan pasukan yang main long ball. Kau bagitahu musuh strategi kelemahan sendiri? Lepas tu semua pasukan terus guna taktik tu. Brentford siap kitai 3-2 hasil hantaran jauh dan long throw. Ini bukan strategi, ini sabotaj.
Dan setiap perlawanan, kita mesti bolos dulu. Kadang baru lima minit dah kena. Macam mana nak menang kalau tiap kali kena kejar gol? Zaman Klopp dulu, kalau lawan skor dulu pun kita tahu Liverpool akan bangkit. Sekarang, bila kena gol awal, terus nampak muka putus asa.
Jujurnya, aku bukan benci Slot. Aku cuma takut Liverpool jadi macam Selangor yang tiap-tiap tahun tukar jurulatih, tapi bodoh tetap sama. Bukannya sebab pemain tak bagus, tapi sebab pengurusan asyik panik dan tak tahu arah. Klopp dulu ambil masa bertahun nak bentuk pasukan juara, tapi dia konsisten. Slot ni baru masuk, aku faham dia perlukan masa, tapi masalahnya sekarang bukan tentang masa. Masalahnya dia sendiri macam tak tahu identiti pasukan dia.
Liverpool ni ada sejarah, ada DNA. Tapi sekarang aku tengok kita dah hilang dua-dua. £450 juta dah hangus, tapi permainan kita lebih teruk daripada Sunderland. Kalau Slot tak betulkan benda ni segera, jangan terkejut kalau Anfield nanti sunyi sebab penyokong dah letih percaya lagi.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




