Kalau kita tengok Jepun hari ini, negara itu terkenal dengan perpaduan dan disiplin yang luar biasa. Tapi sebelum semua itu wujud, Jepun pernah berada dalam kancah perang saudara selama lebih seratus tahun.
Kemuncak kepada segala kekacauan itu ialah satu pertempuran besar yang dikenali sebagai Pertempuran Sekigahara (1600): peristiwa yang menyatukan Jepun di bawah satu pedang.
Kisah ini bermula selepas kematian Toyotomi Hideyoshi, seorang jeneral yang hampir menyatukan seluruh Jepun. Tapi bila dia meninggal dunia, anaknya masih kecil dan negara mula berpecah semula antara dua kuasa besar: Tokugawa Ieyasu di pihak Timur dan Ishida Mitsunari di pihak Barat. Kedua-duanya adalah bekas panglima Hideyoshi, tapi masing-masing mahu ambil alih tampuk kuasa.
Pada 21 Oktober 1600, dua pasukan besar bertemu di lembah Sekigahara, di tengah Jepun. Lebih 160,000 tentera berkumpul, lantas menjadikan peristiwa ini sebagai pertempuran terbesar dalam sejarah Jepun feudal. Kabus tebal pagi itu menyelubungi medan perang dan kedua-dua pihak menunggu isyarat pertama untuk menyerang.
Ieyasu, seorang panglima yang sabar dan licik, sudah merancang jauh ke depan. Sebelum perang pun, dia dah berjaya buat beberapa jeneral pihak lawan beralih setia secara rahsia. Bila pertempuran meletus, sebahagian besar pasukan Barat berpaling tadah dan menyerang sekutu sendiri. Dalam masa beberapa jam, barisan Ishida hancur.
Kemenangan Tokugawa Ieyasu di Sekigahara kemenangan politik yang gilang gemilang. Beberapa tahun kemudian, dia diangkat sebagai Shōgun dan menubuhkan Keshogunan Tokugawa yang memerintah Jepun lebih 250 tahun tanpa perang besar. Inilah era yang kita kenal sebagai Zaman Edo, zaman di mana Jepun menutup pintunya kepada dunia luar dan mengekalkan kestabilan dalaman yang luar biasa.
Sekigahara jadi titik perubahan besar dalam sejarah Jepun. Dari medan perang berdarah itu, lahir sebuah negara yang akhirnya bersatu di bawah satu sistem pemerintahan, satu undang-undang, dan satu simbol kuasa.
Ironinya, Jepun yang hari ini terkenal dengan keamanan dan teknologi tinggi, sebenarnya dibina atas sejarah yang penuh pengkhianatan, strategi dan darah samurai yang tumpah di tanah Sekigahara.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




