Setelah berakhirnya Perang Dingin antara dua kuasa iaitu Blok Amerika dan Blok Soviet, hanya lima negara saja yang diiktiraf sebagai negara komunis: China, Cuba, Vietnam, Laos, dan Korea Utara.
Tapi, ada satu lagi negara komunis yang sehingga kini masih tidak diiktiraf dunia, walaupun rakyat negara tersebut percaya bahawa negara mereka adalah negara berdaulat. Negara yang dimaksudkan itu ialah Transnistria!
Transnistria atau Pridnestrovian Moldavian Republic (PMR, bukan peperiksaan PMR ya) ialah wilayah milik Moldova yang terletak di sepanjang Sungai Dniester yang menjadi sempadan antara Moldova dengan Ukraine.
Bagi Moldova, Transnistria hanyalah wilayah autonomi bernama ‘Administrative-Territorial Units of the Left Bank of the Dniester’. Tapi bagi warga Transnistria, inilah negara berdaulat mereka.
Sejarah Transnistria bermula pada era Perang Dunia Kedua, semasa negara Soviet Union menguasai timur Eropah. Masa ni Moldova dulu adalah negara naungan dengan nama ‘Moldavian Autonomous Soviet Socialist Republic’ yang terbentuk pada tahun 1924, bersama Ukraine yang dulunya negara republik bernama ‘Ukrainian Soviet Socialist Republic’.
Masuk ke era 1980-an, Soviet Union makin goyah akibat krisis dalaman. Banyak negara komunis timur Eropah telah memulakan gerakan nasionalisme untuk membebaskan negara, termasuklah Moldova.
Moldova yang dipegang oleh parti politik bernama Popular Front of Moldova (PFM) meminta kemerdekaan dari Soviet Union melalui penggabungan bersama negara Romania, sekaligus jadikan bahasa Romania sebagai bahasa rasmi.
Tapi, usaha penggabungan ini tidak disenangi oleh etnik-etnik kecil di timur Moldova kerana risau usaha tersebut akan hapuskan budaya berunsurkan Rusia dan bahasa Rusia yang telah mereka amalkan.
Kemudian pada 2 September 1990, warga di timur Moldova mula menubuhkan negara bernama Pridnestrovian Moldavian Soviet Socialist Republic (PMSSR), iaitu Transnistria sekarang demi lahirkan negara yang masih pro-Soviet dan tidak bersama Moldova.
Penubuhan negara pro-Soviet ini tidak disenangi oleh PFM, kemudian tercetusnya perang antara Moldova dengan pemisah Transnistria pada bulan November 1990. Peperangan yang dipanggil sebagai Perang Transnistria berlanjutan selama dua tahun, namun Moldova masih gagal tundukkan Transnistria yang sentiasa dibantu oleh tentera sukarela Rusia.
Pada 21 Julai 1992, gencatan senjata antara kedua-dua negara termenterai dan tiada antara mereka melanggarnya sehingga sekarang. Masuk ke 8 May 1997, memorandum pendamaian iaitu Primakov Memorandum telah ditandatangani oleh kedua-dua presiden Moldova dan presiden Transnistria dengan bantuan organisasi keselamatan Eropah bernama Organization for Security and Co-operation in Europe (OSCE).
Nampak macam dah selesai, kan? Tapi, nak jadikan Transnistria sebagai negara berdaulat diiktiraf dunia bagitu sukar kerana kedudukan Transnistria sendiri berpihak kepada Rusia, manakala Moldova memilih untuk jadi neutral. Ditambah lagi Amerika Syarikat sebagai adikuasa sekarang, sukar untuk negara pro-Rusia ini dapat pengiktirafan dunia.
Hanya dua negara saja yang mengiktiraf Transnistria: iaitu Abkhazia dan South Ossetia. Tapi, kedua-dua negara ini ialah negara pemisah dari Georgia dan juga tidak diiktiraf dunia. Jadi, Transnistria hanyalah sebuah ‘wilayah autonomi’ bawah Moldova.
Namun, Transnistria sesuai untuk dilawati oleh para pelancong yang meminati sejarah, kerana suasana negara itu mempunyai suasana negara komunis kerana banyak bangunan lama masih kekalkan reka bentuk kejuruteraan Soviet itu sendiri. Kalau ada kesempatan, pergilah ke Transnistria!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




