Hari ini, ayam belanda menjadi makanan istimewa di Barat terutama untuk keraian istimewa. Tidak ramai tahu satu ketika dahulu, ayam belanda menjadi pujaan orang Maya!
Perkara ini mungkin bersifat pelik bin ajaib bagi orang moden. Bagi orang Maya, ayam belanda layak dipuja kerana ayam ini merupakan utusan bagi dewa-dewi mereka. Malah, ayam belanda sudah menjalani proses pembelajinakan agar ia dapat dimanfaatkan sebagai korban untuk ritual keagamaan mereka.
Kalau nak tahu betapa pentingnya ayam belanda dalam kehidupan orang Maya, boleh lihat pada tinggalan arkeologi dan ikonografi Maya. Mengikut kepercayaan mereka, ayam belanda memiliki kuasa luar biasa. Walau bagaimanapun, kuasa ini cukup merbahaya kepada manusia di mana ia dikatakan haiwan nokturnal dan duduk di alam mimpi.
Salah satu kota Maya yang dikatakan memuja ayam belanda ialah El Mirador. El Mirador terletak di El Peten wilayah utara Guatemala. Pada zaman kegemilangannya, orang Maya beribadat di kuil-kuil persis piramid dan memiliki kemudahan jalan dan akueduk.
Selain itu, mereka juga makan dan menyembah ayam belanda. Pada zaman kegemilangan Tamadun Maya, mereka perlu mengimport ayam belanda dari kawasan-kawasan yang membentuk Mexico moden. Statusnya sebagai haiwan utusan dewa-dewi mereka turut menyebabkan ayam belanda dimiliki oleh golongan kaya dan berpengaruh ketika itu.
Meskipun begitu, ada sejenis ayam belanda yang menjadi kegilaan penduduk El Mirador iaitu ayam belanda tompok mata. Ayam ini dilihat berkeliaran sekitar kawasan tinggalan kota tersebut. Selain El Mirador, ia juga boleh ditemui di Semenanjung Yucatan, Belize dan Guatemala.
Ayam ini bukan saja berharga kerana memiliki bulu dan kepala yang berwarna-warni. Malah, ia juga membantu pemerintah Maya terutama dari segi ritual dan perdagangan. Ini kerana ayam belanda ialah simbol elit orang Maya, perdagangan jarak jauh dengan wilayah-wilayah sekitar dan memudahkan urusan ritual keagamaan.
Kebiasaannya, ayam belanda akan disembelih untuk ritual Tahun Baru. Ritual sebegini bertujuan memohon kepada dewa-dewi mereka agar dikurniakan hasil tanaman yang baik pada tahun tersebut. Selain itu, ayam belanda juga dianggap simbol dewa-dewi atau utusan dewa-dewi semasa ritual dijalankan.
Statusnya sebagai haiwan utusan dewa-dewi Maya juga diabadikan dalam mitologi Mesoamerika. Salah satunya direkodkan dalam buku Figura-figura Haiwan Dalam Kodeks Maya yang dikarang Alfred Tozzer dan Glover Morrill Allen pada 1910. Ini meletakkan ayam belanda sebaris dengan jaguar, ular tedung dan burung quetzal.
Status sama juga mendorong sesetengah pemerintah Maya meletakkan nama gelaran berasaskan ayam belanda. Ayam belanda dalam Bahasa Maya ialah kuutz. Justeru, sesetengah pemerintah menggunakan nama “Chak-Ak” yang bermaksud ayam belanda merah atau hebat sebagai nama gelaran mereka.
Antara pemerintah Maya yang dikatakan menggunakan gelaran tersebut ialah pemerintah Coba abad keenam Masihi, Ix Ch’ak Ch’een. Coba ialah sebuah kota Maya yang terletak di Semenanjung Yucatan. Ini berdasarkan terjemahan teks inskripsi yang ditemui pada sebuah tangga batu di Coba.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




