Bila sebut tentang universiti tertua di dunia, ramai akan terbayang Oxford, Cambridge, atau mungkin Al-Azhar di Mesir. Tapi sebenarnya, institusi pengajian tinggi terawal dalam sejarah dunia bukan datang dari Eropah dan bukan juga didirikan oleh seorang lelaki. Ia diasaskan oleh seorang wanita Islam bernama Fatimah al-Fihri, di kota Fez, Maghribi, lebih 1,200 tahun lalu!

Kisah ini bermula pada abad ke-9 Masihi. Fatimah lahir dalam keluarga kaya yang berhijrah dari Tunisia ke Fez yang ketiku itu merupakan sebuah kota ilmu yang sedang berkembang pesat di bawah pemerintahan Dinasti Idrisiyyah. Ayahnya, Muhammad al-Fihri, seorang pedagang berjaya yang sangat menitikberatkan ilmu.

Dari kecil, Fatimah dan adiknya Maryam dididik dengan ilmu agama, bahasa Arab, serta sains dan matematik. Ini adalah satu perkara luar biasa bagi wanita pada zaman itu.

Selepas ayahnya meninggal dunia, Fatimah mewarisi harta yang sangat besar. Tapi daripada membelanjakannya untuk kemewahan, dia buat keputusan yang jauh lebih besar. Fatimah mendirikan sebuah masjid dan pusat ilmu yang terbuka kepada semua. Pada tahun 859 Masihi, Fatimah memulakan pembinaan Masjid al-Qarawiyyin, yang kemudian berkembang menjadi Universiti al-Qarawiyyin; antara universiti tertua di dunia yang masih beroperasi hingga hari ini!

Bangunan itu bukan sekadar tempat solat. Dari awal, Fatimah menetapkannya sebagai tempat pembelajaran ilmu agama, falsafah, matematik, astronomi dan bahasa. Cendekiawan dari seluruh dunia Islam malah dari Eropah datang menuntut ilmu di situ.

Menariknya, Fatimah sendiri turut mengawasi pembinaan masjid dan universiti itu. Catatan sejarah menyebut beliau berpuasa sepanjang tempoh pembinaan sebagai tanda syukur dan keikhlasan. Bayangkan. dalam dunia abad ke-9 yang didominasi lelaki, seorang wanita Muslim memimpin projek pembinaan institusi ilmu yang bertahan lebih seribu tahun!

Universiti al-Qarawiyyin menjadi mercu tanda kebangkitan ilmu Islam di Maghribi, malah menjadi jambatan ilmu antara Timur dan Barat. Melalui institusi ini, tamadun Islam menyebarkan ilmu perubatan, matematik dan falsafah ke Eropah lantas membuka jalan kepada zaman Renaissance.

Hari ini, nama Fatimah al-Fihri mula disebut semula sebagai ikon wanita Muslim yang memecah stereotaip zaman pertengahan. Fatimah merupakan dermawan hebat dan tapi simbol bahawa Islam sejak awal sudah mengangkat martabat wanita dan ilmu pada tahap tertinggi. Fatimah al-Fihri membuktikan satu hakikat besar; bahawa kuasa sebenar bukan pada pedang, tapi pada pena dan ilmu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.