Mesti dalam kalangan kita pernah bertanya, pernahkan manusia dahulu berimpian untuk terbang. Adakah impian di kala manusia belum ada kemajuan teknologi seperti sekarang telah ada minat mereka untuk terbang di angkasa.

 

Pertanyaan demi pertanyaan ini sebenarnya melahirkan persoalan yang dikemukakan oleh warga Muslim dahulu selari dengan Firman Allah SWT,

 

فَٱعْتَبِرُوا۟ يَـٰٓأُو۟لِى ٱلْأَبْصَـٰرِ

Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya. (Surah Al-Hasyr : 2)

 

Pertanyaan pertanyaan inilah kemudiannya melahirkan pelbagai ilmuwan Islam yang terdiri daripada pelbagai bidang. Dan salah satunya adalah bidang penerbangan. Ada dua tokoh yang terkenal dalam bidang penerbangan dalam Dunia Islam iaitu Abbas Ibn Firnas dan Hezarfen Ahmed Celebi.

 

Abbas Ibn Firnas merupakan seorang jurutera Muslim yang bukan sahaja seorang pereka atau pencipta (inventor) tetapi juga seorang pakar bahasa puitis Arab, Ahli Falak dan Saintis Islam yang terkemuka di zaman Era Andalusia.

 

Di eranya, direkodkan oleh Sejarahwan Algeria, Ahmad Al-Maqarri mencatatkan selepas 20 tahun selepas kewafatannya bahawa Abbas Ibn Firnas melakukan ujikaji penerbangannya yang pertama dengan “menerbangkan” dirinya dari menara Masjid Cordoba dan kemudiannya beliau jatuh menjunam.

 

Tetapi, dari ujikajinya, beliau dapat merumuskan kelajuan jatuh beliau menggunakan gajet penerbangan beliau bergerak lebih lambat berbanding tanpa gajetnya. Perkara ini terus diperhatikan dan digunakan sebagai kajian para pengkaji selepasnya untuk teori penerbangan.

 

Dan seorang lagi iaitu Hezarfen Ahmed Celebi yang wujud pada era Uthmaniyyah dalam pemerintahan Sultan Murad IV. Beliau memulakan ujikaji penerbangannya dengan menerjunkan dirinya juga dengan gajet buatannya dan ujikajinya kali ini berjaya!

 

Hezarfen Ahmed Celebi kemudiannya memulakan ujikajinya dengan menerjunkan dirinya dari menara Galata (Karakoy) dan perjalanannya merentasi selat Bosphorus dan mendarat di atas pokok di Uskudar. Dan ini merupakan antara penerbangan terpanjang dalam sejarah penerbangan.

 

Namanya kemudian diingati oleh warga Turki dan diabadikan namanya sebagai sebuah lapangan terbang di Turki.

 

Inilah dia jurutera penerbangan dalam Islam. Dalam mereka beragama, mereka sedikitpun tidak mengabaikan kemajuan. Bagi mereka, Agamalah yang membuatkan mereka berfikir dan sentiasa ingin mencari kebenaran dari Tuhannya.

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply