Baru hari pertama raya, dah bergaduh. Semuanya disebabkan satu pihak yang mempertahankan “hak” mereka memakai baju yang kurang sopan di mata kita orang Melayu di Malaysia.

Kemudian dituduh pula kita berpakaian sopan disebabkan oleh Arabisasi apabila Islam datang ke Tanah Melayu.

Pertama sekali, bukan semua benda yang berkait dengan Islam berkait secara langsung dengan Arabisasi.

Apa sebenarnya Arabisasi ni?

Arabisasi ialah proses menghapuskan budaya sesuatu bangsa yang tidak melanggar syarak dengan niat mengangkat tinggi atau menggantikannya dengan budaya Arab.

Sedangkan kebanyakan baju-baju tradisional kita terlibat dengan Islamisasi.

Proses Islamisasi ialah proses membersihkan elemen-elemen di dalam budaya yang bertentangan dengan syarak.

Ianya tidak menghapuskan budaya tersebut tetapi menambah-nilai, memperbaiki dan menjadikan budaya itu ‘syariah compliant’.

Kita boleh ambil contoh baju kurung. Walaupun baju kurung dikatakan ada kaitan dengan pakaian ‘djallabiyah’ yang berasal dari Mesir yang bermaksud baju longgar, tetapi ia masih tak sama dengan baju kurung di Alam Melayu.

Baju kurung mengalami evolusi selaras dengan perubahan masa dan citarasa pemakai, namun rekaannya masih sama.

la tetap selesa dan manis dipakai selain menampakkan kesopanan gadis Timur dan keunggulan budaya Melayu.

Malah menurut Sejarah Melayu, Sultan Mansur Shah melarang wanita Melayu memakai kain kemban kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam asas tentang kesopanan peribadi.

Sayangnya, ramai yang anggap berpakaian sopan ketika raya itu hanyalah Arabisasi semata-mata. Walhal kita sebagai Melayu sememangnya dah lama mengamalkan berpakaian sopan jauh sebelum merdeka lagi.

Oleh: Azizul Farhan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply