Kosem Sultan atau nama sebenarnya Mahpekyar Sultan merupakan Ibunda dan juga seorang Sultana (Permaisuri) Sultan yang paling berkuasa dalam Empayar Uthmaniyyah. Beliau asalnya adaalah salah seorang penghuni Harem Sultan. Kemudiannya, beliau dinikahi oleh Sultan Ahmed I. Tarafnya terus berubah menjadi seorang Permaisuri Sultan (Haseki Sultan) bagi Empayar Uthmaniyyah.

 

Selepas kemangkatan Sultan Ahmed I, pengaruhnya tidak kunjung padam. Bahkan pengaruhnya melebihi permaisuri Sultan Ahmed I yang lainnya. Antaranya, Mahfiruz Hatun. Keduanya bersaing untuk menaikkan anakanda mereka menaiki takhta Uthmaniyyah. Kosem Sultan kemudiannya berjaya meraih pengaruh yang besar dalam pelantikan Sultan sultan Uthmaniyyah.

 

Beliau kemudiannya ditabalkan menjadi Valide Sultan (Ibunda Sultan) pada pemerintahan Sultan Murad IV. Bukan setakat menjadi Ibunda Sultan, bahkan pengaruhnya dalam pemerintahan beliau telah ditabalkan menjadi Naib-I Saltanat (Naib Sultan) dalam hal ehwal pentadbiran.

 

Setelah pemerintahan Murad IV, pengaruhnya masih tidak kunjung padam malah semakin meluas. Kosem Sultan dan Wazir Agung Uthmaniyyah, Mustafa Pasha kemudiannya menabalkan Ibrahim (anakandanya Kosem Sultan) sebagai penerus Murad IV. Pemerintahan Sultan Ibrahim tidak lama kerana sifatnya gila menyebabkan bangkit pemberontakan menentang pemerintahannya.

 

Sultan Ibrahim telah dimakzulkan kuasanya dan digantikan dengan Mehmed IV yang merupakan cucunda Kosem Sultan. Jawatan Kosem Sultan telah berubah iaitu dari Valide Sultan kepada Buyuk Valide Sultan (Nenda Sultan). Tindakan Kosem Sultan yang berleluasa dalam Empayar Uthmaniyyah menimbulkan tidak puas hati dalam kalangan pembesar.

 

Sebuah gerakan kudeta bagi menggulingkan Buyuk Valide Sultan dijalankan. Suleyman Aga dan Wazir Agung Siyavus Pasha mengadakan komplot pembunuhan Kosem Sultan. Pemberontakan ini turut melibatkan pasukan Jenissari yang memberontak dan akhirnya, Kosem Sultan terbunuh pada 1651 dan Sultan Mehmed IV turut dimakzulkan dari takhtanya pada 1687.

 

Kosem Sultan merupakan seorang wanita yang berkuasa dalam empayar Uthmaniyyah yang memberikan dan mengubah beberapa perkara dalam empayar antaranya, memansuhkan hukuman Fratricide. Selain itu, beliau juga menggunakan hartanya untuk membayar gaji Janisarry yang tertunggak bagi mengelakkan pemberontakan Jannisari dan membuat beberapa perjanjian dengan negara luar.

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply