Zaman PMR dulu, mesti korang biasa dengar nama novel ‘Robinson Crusoe’, kan? Novel ni best jugalah bagi pembaca yang sukakan kisah pengembaraan, di mana Robinson mencatat kisahnya yang terdampar di sebuah pulau terpencil selama 28 tahun!
Sebenarnya, novel Robinson Crusoe ni diadaptasikan dari kisah sebenar iaitu seorang pelaut Scotland bernama Alexander Selkirk yang tinggal selama empat tahun di pulau terpencil. Eh, betul ke kisah Robinson ni dari kisah benar?
Mula-mula, kita fahami dulu kisah Alexander Selkirk ni. Alexander ialah pelaut yang berlayar bersama-sama kapten bernama Thomas Stradling, menggunakan kapal Inggeris bernama Cinque Ports.
Pada tahun 1704 berlaku pertempuran antara Inggeris dengan Sepanyol di Amerika Selatan. Jadi, para pelaut Inggeris termasuklah Alexander terlibat bertempur dengan berlayar ke pantai Chile.
Tapi, kapal mereka ada masalah untuk berlayar selepas kena ribut taufan dan mereka terpaksa mendarat di Kepulauan Juan Fernandez.
Alexander bercadang untuk membaiki dulu kapal sebelum terus berlayar tapi kaptennya tidak mahu sebab destinasi mereka hampir dekat, jadi alang-alang berlayar terus.
Kemudian mereka berdua bertengkar dan Alexander mengambil keputusan untuk tinggal dalam kepulauan dari mengambil risiko berlayar dengan kapal hampir rosak. Thomas terpaksa tinggalkan Alexander di Pulau Más a Tierra.
Selama 4 tahun dan 4 bulan Alexander tinggal di pulau tanpa penghuni, sampailah dia diselamatkan oleh pelaut Inggeris bernama Woodes Rogers.
Sepanjang Alexander tinggal sendirian, dia membina ‘syurga’ sendiri dengan membina rumah dan mengumpulkan apa saja yang boleh dimakan. Dia juga pernah dikejar oleh para pelaut Sepanyol yang datang mendarat.
Kisah beliau di pulau terpencil menjadi terkenal dalam kalangan orang Inggeris, sampailah penulis bernama Daniel Dafoe mendapat idea untuk menulis kisah kembara mengikut jalan cerita Alexander, iaitu Robinson Crusoe.
Inilah kisah macam mana novel Robinson Crusoe lahir. Kalau korang masih nak baca, google je kat internet, masih ada lagi novel tu!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih