Pernah layan tak movie Truth or Dare (2018)? Bagi peminat movie seram dan mistik, movie ini sesuai untuk korang! Ditambah lagi unsur-unsur satanik!

 

 

Truth or Dare (2018) mengisahkan watak utama iaitu Olivia bersama lima sekawan berseronok di Mexico. Kemudian, mereka bertemu dengan seorang lelaki bernama Carter dan mengajak mereka bermain ‘Truth or Dare’ di gereja terbiar.

 

Bagi korang tak tak tahu apa benda ‘Truth or Dare’ ni, ia sejenis permainan yang sesuai untuk bermain secara pasangan atau berkumpulan. Setiap peserta akan dipilih secara rawak dan disuruh pilih, sama ada Truth (bercakap benar), atau Dare (membuat sesuatu mengikut arahan).

 

Kalau peserta tu pilih Truth, dia kena bercakap benar tentang dirinya sendiri. Kalau pilih Dare, dia kena buat sesuatu mengikut permintaan ramai. Macam ni cara main game dia.

 

 

Permainan ini bermula sejak beratus-ratus tahun dulu. Asalnya permainan ini dimulakan semasa sambutan Hari Natal (Krismas), di mana peserta dipilih rawak, kemudian menjawab soalan yang diberikan secara jujur.

 

Kalau jawapan tidak memuaskan, peserta itu akan melakukan perbuatan seperti yang diarahkan atau mukanya dikotorkan.

 

Baik, kita kembali ke kisah Olivia ni. Lepas Carter ajak enam sekawan main Truth or Dare, mereka bermain seperti biasa. Tapi, mereka tak perasan yang mereka terperangkap dalam jerat Carter, iaitu bermain Truth or Dare bersama setan.

 

Selepas bercuti di Mexico, Oliver terdengar suara untuk memaksanya pilih Truth atau Dare. Kalau tak pilih, dia akan mati. Kalau pilih dan berjaya, kawannya yang lain menjadi ‘peserta’ seterusnya.

 

Game ini berterusan ‘merasuk’ enam sekawan sampai kesemuanya meninggal dunia, baru setan yang main tu puas hati. Korang google je movie ni, memang puas hati layan la!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply