Sebelum gelombang Hallyu melanda Malaysia, gelombang J-Pop pernah bersama kita pada era awal 2000-an. Banyak drama dan wayang Jepun yang mewarnai kehidupan kita pada waktu itu, terutamanya drama yang popular ini iaitu Great Teacher Onizuka (GTO)!

 

Mari kita imbas kembali drama popular ini. GTO: Great Teacher Onizuka adalah drama TV bersiri sepanjang 12 episod yang disiarkan pada tahun 1998, tentang seorang guru kelas bernama Onizuka Eikichi yang mengajar di sebuah kelas bermasalah dalam Sekolah Gakuin.

 

 

Sebenarnya, Onizuka ni bekas ketua kumpulan samseng motosikal. Dan menjadi guru adalah cara untuk merubah hidupnya. Tapi, kisah lamanya tidak diceritakan kepada para pelajarnya.

 

Waktu Onizuka mula mengajar ramai pelajar tak suka dan berniat untuk menghalau Onizuka. Tapi dia tenang saja dan menggunakan cara mengajar yang begitu berbeza dari ajaran guru lain, sampai guru lain mengganggap cara Onizuka mengajar ni agak ‘rebel’.

 

Lama-kelamaan semua pelajar dalam kelas menyukai Onizuka sebab mereka menerima cara Onizuka mengajar tentang kehidupan.

 

Drama bersiri GTO ini sebenarnya beradaptasi dari sebuah manga juga berjudul Great Teacher Onizuka, karya milik mangaka bernama Tooru Fujisawa. Pada asalnya dibuat siri dalam Weekly Shōnen Megazine dari tahun 1997 sehingga April 2002.

 

 

Kerana kepopulariti manga ini, drama TV bersiri ini dihasilkan. Pada tahun 1999, keluar anime GTO sebanyak 43 episod yang ditayangkan di Fuji TV. Masuk tahun 2012, keluar lagi drama TV bersiri GTO yang baru tapi beza dengan drama tahun 1998. Drama TV ini disiarkan sepanjang dua musim, dari tahun 2012 sampai 2014.

 

Anime, drama bersiri 1998, dan drama bersiri 2012 GTO telah saya tengok. Kalau anime GTO memang seronok dengan lawak-lawak Onizuka dengan pelajarnya. Tapi kalau penghayatan cerita, drama bersiri 1998 adalah yang terbaik kerana saya suka watak Onizuka lakonan Takashi Sorimachi yang padu!

 

Bagi korang, drama bersiri GTO mana satu yang korang suka?

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply