Dalam ramai maharaja Rom yang memerintah selepas Maharaja Augustus, ada seorang maharaja ni tiba-tiba saja bertempur dan berjaya menakluk lautan. Ya, laut yang terbentang luas itulah maharaja ni lawan!
Siapakah maharaja Rom yang sanggup berbuat gila macam ni? Maharaja yang saya maksudkan ialah Maharaja Caligula. Maharaja Caligula ni terkenal dengan sakit mentalnya, mengaku dirinya sebagai dewa, dan menjadikan kuda kesayangannya sebagai ahli konsul, iaitu jawatan pegawai tertinggi Rom!
Ada ‘sebab munasabah’ kenapa Caligula ni bertempur ke atas lautan maha luas tu. Kisahnya bermula pada tahun 40 Masihi. Masa tu Caligula merancang untuk menyerang Britain. Caligula mengarahkan bala tenteranya mengumpul sebanyak mungkin cangkerang di pantai dan membawanya ke kota semula.
Bagi kebanyakan sejarawan Rom, tindakan Caligula membawa cangkerang adalah bukti kemenangannya melawan laut di Selat English. Mereka percaya kerana sakit mental Caligula inilah menyebabkan baginda cuba ‘berperang’ dengan laut, kemudian menakluknya.
Kenyataan mereka berdasarkan manuskrip yang ditulis oleh sejarawan Rom bernama Seutonius yang hidup pada tahun 69 Masihi yang berjudul Lives of the Twelve Caesars, menerangkan dengan jelas Caligula dan bala tenteranya mengumpul cangkerang.
Tapi, bagi pengkaji bernama David Woods dari University College Cork, Ireland, beliau percaya bahawa manuskrip Seutonius telah disalah tafsir. Terdapat kata ‘conchea’ yang secara dasar bermaksud cangkerang.
Setelah Woods kaji mendalam, rupanya ‘conchea’ merujuk kepada kapal-kapal Britain yang dirampas oleh tentera Rom, kemudian Caligula membawa rampasan kapal ke kota bagi menunjukkan kemenangannya ‘menakluk laut’.
Walaupun penjelasan Woods agak munasabah, tapi Caligula tetap dianggap sebagai maharaja yang gila menurut kebanyakan sejarawan. Bagi mereka, ‘menakluk laut’ adalah bukti Caligula mempunyai sakit mental yang teruk!




No comments yet