Dalam dunia teori konspirasi, mesti korang biasa dengar nama ‘Illuminati’ kan? Sebuah organisasi rahsia yang mahukan ‘New World Order’ , iaitu pemerintahan satu dunia.

 

Tapi, ada sumber menyatakan bahawa organisasi rahsia ni hanyalah rekaan semata-mata. Ada lagi sumber menyatakan bahawa ahli-ahli Illuminati bekerja secara rahsia, terutamanya dalam sektor pentadbiran. Mana satu sumber yang betul ni?

 

Untuk trivia ini, saya jelaskan secara ringkas pasal organisasi rahsia ini. Ya, Illuminati memang wujud pada tahun 1776. Organisasi ini ditubuhkan oleh professor undang-undang iaitu Adam Weishaupt. Adam Weishaupt berasal dari wilayah Bavaria, yang sekarang menjadi sebahagian dari negara Jerman. Bavaria pada zaman itu diperintah oleh pihak gereja.

 

Semasa meneruskan pengajian di University of Ingolstadt, Weishaupt terdedah dengan ilmu falsafah pencerahan dan menyertai organisasi rahsia yang popular ketika itu, Freemason. Beliau tertarik dengan ilmu-ilmu mistik dari organisasi tersebut dan mengambil keputusan untuk menubuhkan organisasi rahsianya, iaitu Illuminati.

 

 

Weishaupt mahukan masyarakatnya bebas dari cengkaman gereja, mahukan kebebasan memilih selain amalkan hidup sebagai penganut gereja. Tambahan lagi, beliau mahu kesamarataan sosial tanpa prejudis sesiapa. Jadi, organisasi Illuminati adalah satu cara ‘pencerahan’ untuk memberikan warga Bavaria kebebasan sebegitu.

 

Pada tahun 1784, Illuminati semakin berkembang dengan keahlian seramai lebih 600 orang, berkat orang kanan Weishaupt iaitu Baron Adolph Knigge, juga ahli Freemason yang bertugas merekrut ahli dari kalangan ahli akademik dan politik.

 

Tapi, pihak gereja dapat menghidu kegiatan Illuminati sejak ahli-ahlinya mengambil alih jawatan dalam kerajaan. Risau Illuminati akan memberontak melawan kerajaan, pemerintah bernama Duke Karl Theodor mengeluarkan perintah mengharamkan sebarang penubuhan organisasi rahsia.

 

Akhirnya Illuminati dibubarkan setelah pihak kerajaan merampas dokumen-dokumennya. Weishaupt pula hilang kelayakan sebagai professor, dibuang wilayah, dan menghabiskan sisa hidupnya sebagai pengajar ilmu falsafah di England.

 

Kalau diikutkan dah ‘pupus’ Illuminati ni, tapi ada segelintir penulis yang taksub dengan politik mempergunakan nama ‘Illuminati’ untuk menakutkan rakyat. Seperti sejarah Revolusi Perancis, penulis sejarah yang berpihak kepada konservatif percaya bahawa Illuminati masih wujud dan merekalah penyebab revolusi ini terjadi.

 

Sampai sekarang pun nama ‘Illuminati’ dipakai, menjadi sebahagian teori konspirasi di Amerika Syarikat. Kalau nak kata Illuminati ni masih bertapak, belum ada lagi rekod yang sah dari sesiapa yang mendakwa organisasi ini masih wujud.

 

Jadi, Illuminati dah tak wujud sejak kena bubar pada tahun 1784. Organisasi rahsia yang semakin bertahan Freemason jelah.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply