Korang tahu tak, pernah ada satu lagu arab yang buat ramai pasangan bercerai-berai? Sempat viral kat Baghdad, Iraq dan menyebabkan kadar penceraian tahun 2022 itu naik mendadak.

Puncanya, lagu arab bertajuk Mesaytara. Ia dinyanyikan oleh Lamis Khan, seorang artis Syria.

Mesaytara membawa maksud “Aku akan menguasaimu”. Senang kata, queen control.

Sampaikan ada kes, pengantin perempuan diceraikan masa majlis walimatul urus. DJ pun satu hal, dajei betul. Pasang la lagu Selamat Pengantin Baru atau Tari Bunga Rampai. Boleh pulak dia bantai lagu Mesaytara. Pengantin perempuan pulak ‘naik syeikh’. Dia boleh berjoget dengan rentak lagu tu.

Keluarga pengantin lelaki rasa terhina dengan tindakan pengantin perempuan. “Belum apa-apa lagi dah mula tunjuk lagak”, gitu la kot kata makcik bawang arab. Pengantin lelaki pun naik angin dan terus ceraikan isteri barunya.

Ini bukanlah kes pertama. Tahun sebelumnya pasangan pengantin dari Jordan berpisah masa majlis kahwin diorang. Makna kata, lagu ni boleh kira berhantu!

Baris pertama lagu tu berbunyi (terjemahan):

“Aku berkuasa’ engkau akan tunduk bawah perintah ketatku;
Aku akan buat kau gila kalau kau tengok perempuan lain di jalanan;
Ya, aku berkuasa;
Engkau cinta hatiku
Selagi kau bersamaku, kau tunduk bawah perintahku;”

Budaya orang arab pantang kalau suami jadi dayus. Kira lagu ni pada diorang ada unsur penghinaan kepada kaum lelaki yang sepatutnya jadi pemimpin keluarga, bukannya tunduk bawah tapak kaki bini. Benda macam nilah yang tak boleh diterima keluarga lelaki.

Pengantin lelaki pun takkanlah sanggup nak kena sindir dengan member dia masa hisap shisha bawah khemah tepi padang pasir, “Booo takut bini!!”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply