Mat saleh kalau mencarut akan sebut “bloody mary!” Tapi korang tahu tak, Bloody Mary sebenarnya nama gelaran seorang ratu yang hidup abad pertengahan.

Mary I of England ialah ratu pertama yang berhak memerintah bumi Inggeris. Dia berkepercayaan Kristian Roman Katolik. Mesti korang tertanya-tanya, dari mana dia dapat gelaran ‘bloody’?

Tangannya berlumur dengan darah penganut agama Kristian mazhab Protestant. Pada pandangannya, mereka semua sesat belaka. Tanpa belas kasihan, ratusan orang mati dibakar atas kayu pancang.

Perangai bengis ni mungkin diwarisi daripada ayahandanya, Henry VIII yang membunuh 81 orang atas tuduhan sesat.

Cara hukum bunuh dengan membakar mangsa digunakan untuk menghapuskan jasad secara keseluruhan. Takut kalau tak buat macam ni, pengikut lain ambil jasad tu buat azimat. Selesai pembakaran, abu mayat akan dicampak ke sungai. Takde tinggal saki baki sikit pun.

Akan tetapi, walaupun Mary I berjaya membakar lebih 300 orang penganut Kristian Protestant, mazhab itu tidak mati di England. Yang lebih ironik, takhtanya digantikan oleh Elizabeth I yang bermazhab Kristian Protestant.

Semua usaha Mary I akhirnya jadi sia-sia. Kalau sebelum ni orang Protestant yang kena bunuh, bila pemerintahan baru naik yang kena bunuh adalah orang Katolik pula. Sesiapa yang nak jadi paderi Katolik akan dituduh pengkhianat dan dihukum gantung sampai mati.

Sejarah ditulis oleh pihak yang menang.

Di England, yang menang ialah Protestant dan Mary I dipotret sebagai jahat dengan gelaran Bloody Mary.

Naratif ini dipopularkan okeh John Foxe dalam karyanya, The Actes and Monuments atau lebih dikenali dengan nama Foxe’s Book of Martyrs. Buku ini terbit pada tahun 1563.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply