Saya perhati betul pasal kata-kata netizen terhadap Shuib sepahtu. Kalau dah jodoh, siapa kita nak lawan suratan Tuhan? Lagi lawak kalau yang kecam tu single. Sedarlah diri single kalau belum kahwin Melebih-lebih ehh.
Nikah ni benda baik, setan je tak suka benda baik. Ada baiknya jangan jaga tepi kain orang. Lagipun ada hadis Nabi yang menyebut:
“Nikah itu adalah sunnahku. Maka barangsiapa mencintai akan agamaku, maka hendaklah menjalankannya menurut sunnahku.” (HR Ibnu Abbas)
Kalau benda tu tak salah di sisi agama, tak perlulah diperbesar-besarkan. Lagipun, siapa kita untuk menghakimi apa yang ada dalam hati orang lain? Kahwin lagi tak lama selepas kematian isteri bukanlah suatu dosa. Buktinya, salafussoleh pun melakukannya.
Muaz bin Jabal mempunyai seorang isteri yang solehah. Akibat wabak kolera yang melanda negeri, isterinya itu dijangkiti penyakit dan meninggal dunia. Muaz pun berkata: “Kahwinkan aku! Kerana aku tidak suka bertemu Allah sebagai orang jomblo.”
Imam mazhab pun tak berlengah kahwin lepas bini mati.
Imam Ahmad bin Hanbal kahwin lagi pada hari ke-2 kematian Ummu Abdullah. Dia mengakui: “Aku tidak suka bermalam sebagai orang bujang.”
Sufyan bin ‘Uyainah menasihati orang ramai: “Beristeri ramai tidaklah termasuk hal keduniaan. Kerana Saidina Ali (RA) lebih zuhud dibandingkan dengan sahabat Nabi yang lain. Dan dia mempunyai empat orang isteri dan tujuh belas hamba perempuan.”
Tak lama setelah kewafatan Fatimah (RA), Saidina Ali (RA) berkahwin lagi.
Nasihat kepada netizen, jangan ikut sedap je tulis komen tu. Mengaku je lah korang jealous. Jangan sampai tahap merendah-rendahkan sunnah Nabi yang tidak remeh iaitu bernikah. Benda halal kot. Doakan je lah yang baik-baik.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih