Tasawuf dan ahli sufi sering mendapat kecaman negatif daripada sesetengah orang. Korang tahu tak, pernah ada sorang ulama yang tak suka sufi, tetapi berubah kepada mengaguminya dalam satu majlis ilmu.
Syeikh Izzuddin bin Abdussalam digelar Sultanul Ulama kerana keilmuannya. Pada awalnya, di tak bersetuju dengan kaum sufi sambil melaungkan: “Adakah bagi kita aturan lain kecuali al-Quran dan as-Sunnah?”
Bagaimanapun, pertemuannya dengan Syeikh Abul Hasan asy-Syazili telah mengubah segala-galanya.
Pada suatu hari, Syeikh Izzuddin bin Abdussalam, Syeikh Makinuddin Asmar dan Syeikh Taqiyuddin bin Daqiq al-‘Id serta tokokh tasawuf lain duduk berbahas dalam sebuah majliz muzakarah. Hadirin yang datang ada membaca kitab Risalah Qusyairiah karangan Imam al-Qusyairi. Mereka berbual sesama sendiri tentang isi kitab yang amat berat itu.
Tiba-tiba, Syeikh Abul Hasan asy-Syazili masuk ke majlis.
Orang ramai berkata kepadanya: “Kami nak dengar engkau terangkan tentang isi kitab ni (Risalah Qusyairiah).”
Abul Hasan membalas: “Bukankah kalian adalah ulama serta tokoh Islam ternama. Dan bukankah kalian juga membahaskannya?”
Orang ramai tetap memintanya memberi syarahan, “Syeikh, silakan membahasnya.”
Lantas, atas desakan orang ramai Syeikh Abul Hasan asy-Syazili pun bertahmid dan berselawat sebelum berkhutbah tentang penjelasan makna dari kitab Risalah Qusyairiah. Susunan kata dan huraian makna yang keluar dari lidah Abul Hasan mencengangkan para hadirin. Apa yang mengejutkan, Syeikh Izzuddin ikut terpana dengan khutbahnya.
Bahkan, Syeikhn Izzuddin berdiri dan menjerit ke luar:
“Marilah ke mari! Dengarkan pidato yang akan mendekatkan kalian semua kepada Allah. Mudah-mudahan Allah merahmati kamu semua!!”
Perubahan pendirian Sultanul Ulama ini daripada membenci kepada mencintai ilmu tasawuf dan ahli sufi membuktikan golongan yang sering disalahanggap ini sebenarnya di pihak yang benar. Pengajarannya, kita janganlah membenci secara melulu sebelum mengenal ahli sufi dengan lebih dekat. Tak kenal, maka tak cinta. Tak kenal, maka taaruf.




No comments yet