Etnik Kadazan Dusun menjadi penyumbang kepada sektor perladangan di Sabah. Sebagai masyarakat agraria yang tinggal di tanah subur dan tinggi, hasil sayuran seperti kubis, brokoli, daun bawang dan tomato banyak dikeluarkan di Kundasang dan Ranau.
Pada masa lalu, penanaman padi Cuma setahun sekali. Padi sawah atau padi huma hanya dapat dituai setelah 6 bulan ditanam. Makna kata, proses penanaman padi dan penuaiannya bukan mudah.
Selepas padi yang dituai itu disimpan dalam ongkob, yakni bekas besar daripada anyaman serdang, barulah boleh pilih tarikh Pesta Kaamatan. Kalau korang ada member Sabah, mesti tahu pasal Pesta Kaamatan. Senang kata, Pesta Menuai. Apa yang bestnya?
Pesta ini diraikan oleh etnik Dusun sepeti Tindal, Tobikung, dan Lotud. Mereka juga mengajak sahabat daripada etnik Bajau Sam dan Iranun daripada kampung sekitar yang ada beragama Islam.
Pesta disertai oleh boboliam iaitu bomoh wanita. Dia memimpin peranan penting dalam pesta kesyukuran ini. Berbagai-bagai makanan tradisional terhidang seperti tapai, sup ayam kampung dan banyak lagi.
Acara yang paling menarik pada hari itu: Unduk Ngadau, iaitu Ratu Cantik. Gadis kampung dengan perwatakan dan rupa paras menawan akan menyertai bagi merebut gelaran Ratu Unduk Ngadau. Dalam pertandingan ini, para peserta akan memperkenalkan diri dalam bahasa ibunda dan menjawab soalan-soalan tentang budaya Kadazan Dusun.
Apa yang menarik, nama Kaamatan itu sebenarnya berasal dari perkataan tomot atau mangomot yang bermaksud menuai padi menggunakan linggaman atau ketam padi. Dari sini kita boleh susur semula cara tradisional padi dituai sebelum alatan moden seperti jentuai, sabit dan combine harvester diperkenalkan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih