23 Ogos 1942, Jerman mengebom habis-habisan Stalingrad. Kota itu tak ubah seperti padang jarak padang tekukur, suhunya mampu mencapai 1000°C. Stalingrad telah rata, kecuali satu-satunya bangunan yang menjadi pertahanan Soviet iaitu Pavlov House.
Pengeboman terbesar dilakukan Luftwaffe dengan 2000 serangan mendadak. Bangunan-bangunan runtuh serta merta. Kira-kira korban jiwa mencapai 40 ribu hingga 90 ribu orang pada hari tersebut.
Hanya satu bangunan apartmen yang dijaga oleh beberapa pasukan Soviet. Nama Pavlov House diambil daripada nama Sarjan Yakov Pavlov yang mengetuai platun yang merebut bangunan tersebut dan mempertahankannya selama beberapa minggu pertempuran berlangsung.
Bangunan ni berada selari dengan sungai Volga. Ketika Jerman menyerang, satu platun Divisyen ke-13 Soviet diperintahkan untuk merebut dan mempertahankannya.
Pasukan tersebut dipimpin oleh Sarjan Muda Yakov Pavlov. Pavlov hanyalah seorang tentera pangkat rendah. Beliau ditugaskan kerana leftenan dan sarjan senior semuanya terluka atau terkorban.
Pavlov berjaya menyerang dan rampas bangunan tersebut, meskipun hanya tinggal 4 orang yang masih hidup dari 30 orang pasukannya. Setelah beberapa hari, pasukannya mendapat bantuan 25 orang dan membawa mesingan, senjata anti-tank dan mortar.
Perintah Stalin No.227 menyebabkan mereka tak boleh berundur satu langkah pun dari misi tersebut. Pavlov diperintahkan untuk mempertahankannya sehingga mati.
Pavlov menggunakan taktik memasang tiang mesingan di setiap tingkap yang menghadap ke sungai. Sementara untuk menghalau kereta kebal musuh, senjata anti-kereta kebal PTRS-41 dipertaruhkan.
Kereta kebal musuh mendekati dalam jarak 25m dari bangunan, kereta kebal tersebut diserang secara tiba-tiba oleh pasukan Pavlov sehingga hancur.
Bertahan selama berminggu-minggu, Pavlov membina laluan bawah tanah untuk menambah bekalan keperluan mereka. Semuanya dibawa masuk melalui parit atau dengan perahu yang menyeberangi sungai, mengelak serangan udara dan darat Jerman.
Akhirnya para pasukan serta warga Soviet yang tinggal di ruang bawah tanah Pavlov House berjaya bertahan sepanjang pertempuran sehingga 25 November 1942. Mereka selamat setelah pasukan Soviet datang menghalau Jerman sehingga mereka berundur.
Pavlov House masih wujud hingga hari ini dan menjadi monumen Soviet Union dalam Pertempuran Stalingrad.
Oleh: Azizul Farhan
…
PERANG DUNIA KEDUA ni konflik antarabangsa yang paling berdarah dalam sejarah. Korang boleh baca buku PERANG DUNIA KEDUA ni dan mudah didapati di link shopee ni: https://bit.ly/perangduniakedua
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih