Bintang Syi’ra atau Sirius ialah bintang paling terang di langit malam. Nama Sirius diambil bahasa Yunani Σείριος (Seirios), yang bermaksud “berkilau”. Bintang Sirius hampir dua kali lebih terang dari Canopus, bintang kedua paling terang di langit malam.

 

Bintang Sirius dapat dilihat hampir di semua tempat di permukaan Bumi kecuali oleh orang-orang yang tinggal di hemisfera utara. Masa terbaik untuk melihat bintang ini adalah sekitar tanggal 1 Januari, di mana ia mencapai meridian pada tengah malam. Sekiranya tiada aral melintang, bintang ini dapat dilihat dengan mata kasar semasa Matahari masih berada di atas horizon.

 

Istimewanya bintang ni dalam kalangan Bangsa Arab sehingga ditulis dalam syair-syair mereka. Diceritakan bahawa bintang Sirius atau Syi’ra ni disembah oleh kaum Lakham yang tinggal di wilayah Hebron, Palestin. Mereka sembah kerana kagum dengan sinaran bintang yang terang bak penyelamat dari kegelapan.

 

Kemasyhuran bintang Sirius juga disebut dalam Al-Qur’an dalam Surah an-Najm Ayat 49.

 

Firman Allah swt:

 

وَاَنَّهٗ هُوَ رَبُّ الشِّعْرٰىۙ ٤٩

“Dan sesungguhnya Dialah Tuhan (yang memiliki) bintang Syi‘ra.” (QS. An-Najm [53] Ayat 49).

 

Bintang Syi’ra ditekankan sebagai bukti terhadap keesaan Allah SWT. Bintang yang mereka puja saat itu (an-najm asy-syi’ra) merupakan salah satu daripada ciptaan-Nya.

 

Masyarakat Arab Jahiliyyah ketika tu mengagungkan dan menyembah bintang tersebut. Ketika musim panas melanda, mereka memohon kepada bintang Syi‘ra agar hujan turun membawa rezeki buat diri, binatang dan tumbuhan mereka.

 

Suku Khuza’ah antara penyembah bintang Sirius, dan salah seorangnya ialah Abu Kabsyah, datuk sebelah ibu Rasulullah (saw).

 

Disebabkan itu, kaum musyrikin Mekah menggelarkan Nabi Muhammad (saw) dengan Ibn Abi Kabsyah (Putra Abu Kabsyah) kerana agama Islam yang dibawa Rasulullah (saw) berbeza dengan anutan kaum musyrikin yang menyembah berhala.

 

At-Tabari menjelaskan dalam tafsirnya, Jami’ al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an, surah an-Najm [53] ayat 49 bermakna: “Ya Muhammad, sesungguhnya Tuhanmu adalah pemilik bintang Syi’ra. Bintang tersebut ialah bintang yang dahulu disembah oleh sebahagian orang jahiliah, mereka menyembahnya sebagai Tuhan selain Allah swt.”

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Nak tahu lebih lanjut berkenaan sejarah Islam? Dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM. Cepat borong di Shopee dengan diskaun Jualan PASCA PBAKL: bit.ly/ktislam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply