Kosher adalah dari kata dasar Kasher (כָּשֵׁר‎) yang bererti “fit” and “proper”. Sub-Halakha yang ditekankan agama Yahudi adalah Kashrut (hukum dan undang-undang pemakanan) yang sering disebut di dalam Leviticus dan Deuteronomy.

 

Pemakanan yang bercanggah dengan prinsip Kosher disebut sebagai Treif (טרײף‎) iaitu seumpama hukum Haram.

 

Pemakanan Kosher adalah pemakanan halal versi ajaran Yahudi. Penekanan makanan Kosher di dalam ajaran Yahudi amatlah ketat dan rumit berbanding syariat Islam.

 

Orang Yahudi ditegah untuk memakan babi, unta, burung unta, binatang rodensia, bangkai, binatang pemangsa dan apa jua makanan yang boleh mendatangkan mudarat untuk kesihatan. Bahkan buah-buahan dan sayuran juga perlu dipastikan kebersihannya agar tidak wujud ulat di dalamnya.

 

Untuk haiwan akuatik pula orang Yahudi hanya dibenarkan untuk memakan binatang yang mempunyai insang dan sisik sahaja iaitu ikan. Manakala, binatang seperti udang,kerang, ketam dan binatang dua alam adalah dilarang.

 

Bagi binatang seperti lembu, kambing, rusa, kijang, ayam dan burung pula adalah binatang yang dikategorikan sebagai binatang kosher.

 

Makanan berasaskan tenusu seperti keju, yogurt dan lain-lain mestilah dari binatang kosher. Dan tidak boleh dicampurkan makanan tenusu dengan daging kosher dalam satu masakan. Sekiranya mereka minum susu, atau makan keju pada waktu pagi, mereka hendaklah menunggu paling lama 6 jam sebelum memakan daging Kosher.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Mari singkap helaian sejarah Yahudi dan Bani Israil di dalam KITAB TAMADUN YAHUDI. Dapatkan di Shopee kami dengan diskaun menarik sempena JUALAN PASCA PBAKL: https://bit.ly/3MkDT6b


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply