Peminat sejati rock kapak mesti kenal Rusty Blade. Tapi kali ini kita bukan nak bercakap tentang Penantian atau Tiada Lagi Aku. Sebab kita nak bedah lagu Jasa Tok Janggut yang dibuat bagi mengenang pahlawan Tok Janggut.
“Pendekar sakti
Terkenal dengan kekebalannya
Sungguh hebatnya
Siapa gerangan
Pahlawan yang kita kenangkan
Berjiwa waja”
Kehadiran British di Kelantan bikin ramai pemimpin tempatan seperti Tok Janggut berasa tidak berpuas hati. Sebab British kutip cukai yang sangat tinggi dekat rakyat. Malah orang Melayu yang dilantik British sebagai pegawai daerah Pasir Puteh sangat susah nak bekerjasama dengan pemimpin tempatan.
Paling penting sekali, Tok Janggut menyahut seruan Uthmaniyyah untuk melawan anasir-anasir barat yang datang menjajah negara Islam.
Maka Ungku Besar Jeram, Tok Janggut dan pemimpin tempatan yang lain merancang untuk melawan British. Pegawai daerah yang dapat menghidu rancangan itu mula menghantar sepasukan polis untuk menangkap Tok Janggut. Katanya Tok Janggut hasut rakyat supaya tak bayar cukai.
Pada mulanya Tok Janggut rela je kena tangkap. Tapi berlaku pertelingkahan ditengah jalan hingga menyebabkan Tok Janggut dan pengikutnya mula menyerang.
Tok Janggut kembali ke Pasir Puteh lantas mengisytiharkan kemerdekaan daerah itu. Hal itu membuatkan British marah dan terus mempengaruhi Sultan Muhammad ke-IV untuk menangkap Tok Janggut atas dakwaan derhaka.
Akhirnya berlakulah peperangan antara Tok Janggut menentang British yang diwakili askar Gurkha. Dalam rekod British, Tok Janggut dikatakan telah terkorban.
Mayatnya telah digantung terbalik di Padang Merdeka, Kota Bharu selama tiga hari sebagai amaran kepada semua yang berani melawan. Selepas itu barulah jenazah beliau dikebumikan Pasir Pekan, Tumpat.
Persoalannya betul ke itu adalah Tok Janggut? Dalam lirik di atas ada sebut perkataan “terkenal dengan kekebalannya”.
Lirik itu membawa maksud jenazah yang ditanam di Pasir Pekan bukan Tok Janggut. Sebab menurut cucu sepupunya iaitu Wan Asrul Wan Hussin, Tok Janggut hanya mengalami kecederaan di bahu kiri dan disembunyikan para pengikutnya di Gua Musang.
Malah selepas mengamati gambar mayat yang didakwa sebagai Tok Janggut itu, dia yakin mayat tersebut milik askar Gurkha. Kalau betul itu adalah mayat Tok Janggut sekalipun, ia tampak mustahil. Sebab semua ahli keluarga Tok Janggut berketurunan Melayu.
Tok Janggut dikatakan terus hidup sehinggalah Malaysia merdeka. Maknanya di sini, Tok Janggut berjaya sembunyikan identitinya daripada dikesan oleh British.
“Demi bangsanya
Dan negara
Kekal jasa Tok Janggut”
Sehingga ke hari ini jasa Tok Janggut dalam menentang British terus dikenang. Biarpun di mata British, beliau adalah pengkhianat. Tapi di mata kita, Tok Janggut adalah wira. Sebab berjuang demi bangsa dan negara daripada diperkotak-katikkan oleh British.
—
Nak tahu lebih banyak lagi tentang perjuang orang Melayu melawan penjajah? Baca je KITAB TAMADUN MELAYU. Cepat klik dekat https://bit.ly/40FLVup
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih