Setiap bangsa-bangsa purba di dunia seolah-olah berkongsi collective memory yang sama apabila menyimpan kisah banjir besar mereka tersendiri, sekaligus membenarkan peristiwa banjir besar yang melanda dunia suatu masa dahulu ketika zaman Nabi Nuh A.S. Ini termasuklah beberapa suku dan kaum di Alam Melayu itu sendiri misalnya.
i. Masyarakat Kelantan
Dalam dogengan masyarakat Kelantan, ada diceritakan bahawa pada suatu masa dahulu, sebuah pesta diadakan dan semua haiwan dipaksa untuk berlawan antara satu sama lain. Ketika pertarungan terakhir, antara seekor anjing dan kucing, satu air bah datang dari gunung dan menyapu semua manusia kecuali tiga orang manusia yang pergi ke hutan untuk mencari kayu api. (Rujukan: Gaster, Theodor H. Myth, Legend, and Custom in the Old Testament, Harper & Row pg 104 ,New York, 1969.)
ii. Masyarakat Temuan
Ribuan tahun yang lalu, ramai orang Temuan mati kerana mereka telah melakukan “Celau” (dosa-dosa yang menimbulkan kemarahan tuhan dan nenek moyang mereka). Tuhan mereka telah menghantar hukuman “celau” dalam bentuk Banjir Besar yang telah melemaskan semua orang Temuan yang melakukan dosa.
Hanya dua daripada suku Temuan, bernama Mamak dan Inak Bungsuk terselamat hari itu dengan memanjat di pokok Eagwood di Gunung Raja yang terletak di sempadan negeri Selangor dan Pahang.
Terdapat sebuah kampung Temuan di sana yang bernama Kampung Orang Asli Pertak. Mamak dan Inak Bungsuk terselamat kerana mereka mempunyai mantera untuk meringankan hukuman “Celau” yang berbentuk ribut dan banjir besar. Gunung Raja menjadi tempat kelahiran dan rumah pusaka suku kaum Temuan.
Hari ni antara kepercayaan masyarakat yang datang dari peristiwa ini ialah mereka akan menutup telinga mereka jika mengembara di bawah hujan.
iii. Masyarakat Jakun
Suatu masa dahulu, Dewa Pirman telah memusnahkan dunia dengan banjir besar. Namun, Pirman telah mencipta seorang manusia dan perempuan yang diletakkan di dalam sebuah kapal yang diperbuat dari kayu pulai. Dan apabila banjir surut, kapal mereka mendarat dan tanah yang dipenuhi oleh air kini sudah pun surut dan tanah luas terbentang.
—
Kami dibawah imprint fiksyen kami, Mahakarya menerbitkan sebuah novel berlatarkan di masa depan, tentang satu lagi banjir bah melanda dunia. Hanya beberapa kawasan terselamat termasuk Titiwangsa. Sisa manusia yang sedia ada cuba membangunkan kembali tamadun yang hancur. Berminat nak dapatkan buku terbaru kami? Boleh beli (Diskaun: RM33 jadi RM22.99) di: https://bit.ly/2099IlusiUtopia
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd.
Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!