Jika anda hendak menikmati suasana ‘kota’ Belanda hujung abad ke-19, silalah berwisata ke Kota Lama Semarang. Di sini masih terdapat puluhan bangunan era kolonial Belanda untuk dijadikan santapan mata.
Kota Lama ini dibina sekitar akhir abad ke-19 dan berbenteng untuk mengelak ancaman luar. Benteng yang dinamakan Vijhoek ini mempunyai 3 buah pintu yang dihubungkan oleh laluan utama, Heeren Straat atau kini lebih dikenali dengan nama Jalan Let Jen Soeprapto.
Apakah yang boleh ditemui di Kota Lama ini? Berikut adalah antara binaan yang menarik di sana…
1) Pabrik Rokok Praoe Lajar
Kalau disebut Gudang Garam dan Sampoerna, tentu sahaja ramai yang tahu tetapi di Kota Lama Semarang ini terdapat sebuah kilang rokok yang sudah terbina sejak zaman pendudukan Belanda lagi. Praoe Lajar diangkat sebagai jenama ‘indie‘ kerana bukan sahaja perusahaan ini bertahan begitu lama malah kita tidak akan ketemu sebarang bentuk pengiklanan jenama Praoe Lajar ini. Pasaran rokok Praoe Lajar lebih kepada golongan marhaen dan merangkumi kawasan Semarang hinggalah ke Tegal.
2) Stasiun Kereta Api Tawang
Stesen keretapi ini juga dibina di zaman pendudukan Belanda. Ianya dibina oleh Nederlandsche Indische Spoorweg Maatschsrij di antara 10 Jun 1864 dan 18 Februari 1870. Stesen ini masih digunakan dan merupakan stesen kereta api utama Semarang.
3) PT Pelni
Asalnya bangunan ini menempatkan kompeni NV Bouwmaatschapij iaitu sebuah syarikat logistik yang menguruskan perihal muatan kapal. Ianya terletak di tepi sungai kerana waktu itu kapal besar mampu mudik ke hulu sungai dari laut lepas.
4) Gereja Blenduk
5) Gedung Perkebunan XV
Bangunan ini dibangunkan oleh NV Cultuur Maatschapipij Der Vorstenlanden yang menjaga hal ehwal pertanian kolonial Belanda. Di bawah jabatan ini, sistem cultuurstelsel atau sistem tanaman paksa yang amat kejam diwajibkan ke atas jajahan VOC.
Banyak lagi bangunan bersejarah di Kota Lama seperti Gedung Oudetrap, Jembatan Mberok (De Zuider Por), Susteran Ordo Fransiskan dan lain-lain lagi.
Aku sempat melawat Gedung Oudetrap yang kini dijadikan galeri seni. Setup galeri ini terasa bagaikan mengunjungi galeri ternama di Eropah.
Di tepi Galeri Oudetrap ini ada gerai-gerai yang menjual barang-barang lama yang dinamakan Pasar Seni Padangrani atau nama penuhnya Paguyuban Pedagang Barang Seni . Bukan sahaja pelbagai kraftangan dan hasil seni ‘terpakai’ dijual di sini, pasar ini juga lebih kelihatan bak Pasar Karat di Pekan Lama Ipoh.
Aku sempat menyambar sebuah buku lama yang menceritakan tentang perjuangan rakyat Semarang menentang pendudukan Jepun, yang lebih dikenali sebagai Perang Lima Hari Semarang.
Ali pula membeli sehelai uniform tentera USA dan beberapa butir peluru lusuh dan terpakai bersaiz 5.56 x 45mm NATO.
Kepada mereka yang berminat dengan sejarah kolonial Belanda di Indonesia, Kota Lama Semarang adalah destinasi yang wajib dilawati. Sesungguhnya bagiku, Kota Lama Semarang ini setanding dengan Kota Tua Jakarta… malah mungkin lebih lagi!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih