Rabu, 11 November 202611 Nov 2026
Falsafah Alamiah

Kenapa Teritip Boleh Muncul Di Kapal?

Pernah tak anda
terlihat teritip yang terkumpul di bawah kapal mahupun tiang tiang di
persisiran pantai? Dalam kebanyakan kes, itu sebenarnya ialah indikator
kekotoran yang berpunca daripada organisme yang terkumpul. Teritip tu tak duduk
saja saja pada tiang dan kapal. Mereka tengah makan bakteria yang terkumpul di
situ. Itulah maksud bio fouling – pencemaran biologi.

Untuk memahami pencemaran biologi ini, kita kena mula dari perkara awal dahulu. Pertamanya, mana datang bakteria ini? Dari laut la, dah tu mana lagi nak dapat. Ok, lawak hambar. Sebagaimana udara dan tanah, laut atau kawasan berair juga dipenuhi dengan bakteria.

Namun, bakteria yang terpaung di udara boleh melekat pada permukaan sesuatu selepas jatuh dan bakteria tanah pula… sudah memang melekat pada permukaan tanah. Bakteria air pun boleh, tapi disebabkan air yang sentiasa bergerak menyukarkan mereka untuk melekat, maka hal ini jadi payah.

Oleh itu,
bakteria air ini akan menghasilkan sejenis bahan kimia berpolimer yang akan mewujudkan
tempat mendarat mereka. Bahan ini sifatnya merekat dan melekat, jadi selain
daripada melekat pada permukaan benda, bahan kimia ini juga boleh melekatkan
bakteria tu padanya daripada dibawa arus air. Bahan polimer ni kita sebut dalam
terma biologi sebagai biofilm. Kalau tak faham lagi, pernah tak anda pijak batu
licin di sungai? Tak pun permukaan longkang kotor? Ya, benda licin itulah
biofilm.

Lama kelamaan,
koloni bakteria dan jumlah biofilm makin meningkat. Bakteria lain akan masuk
tumpang untuk membesar sekali sampailah habis seluruh permukaan itu dibaluti
biofilm. Ini adalah separuh daripada komponen pencemaran biologi. Aktiviti
mikroorganisme.

Andai kata anda ni suka makan bakteria, dan anda ternampak satu tiang ni penuh dengan bakteria? Apa yang anda nak buat? Sudah tentulah makan kan? Alang alang banyak sumber makanan ni baik buat rumah di sekitar kawasan tu, betul tak? Sekarang masuklah lagi separuh daripada komponen pencemaran biologi. Aktiviti makroorganisme.

Larva larva teritip akan melekat pada biofilm ini untuk memakan bakteria yang ada di situ. Jadi, penuhlah tiang itu dengan teritip. Penum Kerang, kepah dan tiram yang ada diet yang sama pun selalunya berada dekat dengan tiang ni. Tumpang makan, begitu.

Kalau proses ni
melemahkan struktur tiang, macam mana jurutera dan pelaut zaman dahulu
selesaikan masalah ini? Kalau ikut catatan Plutarch, orang kuat Alexander the
Great pernah bising pasal masalah ini:

“Apabila
rumpai dan bahan kotor melekat pada sisi kapal, pergerakan kapal akan menjadi
perlahan dan air menjadi payah untuk berlalu keluar. Sebab itu mereka )pelaut)
selalunya akan menyapu pelapis khas untuk menghalang benda ini berlaku.”

Kalau kita ikut norma pelaut zaman tersebut hingga sebelum abad ke 18, bahan pelapis yang digunakan merangkumi tar, lilin dan minyak paus. Kapal ini akan dibawa ke pelabuhan kering untuk melumuri bahan bahan ini.

Menjelang abad ke 18, pelayar British menggunapakai plat tembaga pada permukaan bawah kapal untuk mencegah permukaan teritip. Puncanya senang sahaja. Tembaga apabila bertemu dengan air akan menghasilkan filem beracun. Jadi, bakteria tak boleh hidup. Bila bakteria tiada, teritip pun tiada.

Kalau anda tak percaya tembaga boleh bunuh kuman, cuba letakkan syiling 20 sen terkotor yang anda pernah jumpa dan biar terperam dalam petri dish yang penuh dengan bakteria. Memang mati bakteria di bawah syiling tu. Ada sesetengah penapis air pun guna teknologi ni, tapi sebab takut beracun sangat, mereka guna logam perak untuk ganti tembaga.

Sebelum aku
tamatkan artikel ringkas ni, aku nak masukkan fakta aneh tentang teritip di
bawah kapal. Sekiranya anda buat onar atas kapal, atau memberontak, atau kena
tangkap dengan lanun dan mereka nak seksa anda, antara hukuman yang dikenakan
ialah menyiat nyiat badan anda pada permukaan bawah kapal yang dipenuhi
teritip. Kalau nasib baik, anda lemas dulu sebelum kena siat.

RUJUKAN:

Donlan, R. M.
“Biofilm and Device-Associated Infections.” Emerging
Infectious Diseases
7.2 (2001)

R. Oliveira; et
al. (2001), “Hydrophobicity in Bacterial Adhesion”, Biofilm
community interactions: chance or necessity?
(PDF), BioLine, ISBN
978-0952043294

Woods Hole
Oceanographic Institute (1952), “The History and Prevention of
Foulng”, Marine Fouling and its Prevention (PDF), United
States department of the Navy, Bureau of Ships

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet