Pernah menonton salah satu adegan dalam drama atau filem The King Arthur yang di mana King Arthur menarik pedang Excalibur dari celahan batu besar ? Pedang Excalibur menjadi kebanggaan rakyat Barat. Tetapi di Asia, rakyat China berbangga dengan kewujudan pedang Goujian yang dianggap legenda. Kali ini, kita akan terbang ke negara China.

• Pada tahun 1965, sekumpulan ahli arkeologi telah melakukan tinjauan di wilayah Hubei iaitu terletak 7km dari kawasan tapak runtuhan Jinan, ibu negara Dinasti Chu purba & di sini mereka telah menemui 50 makam purba di bawah tanah.

• Semasa penggalian di makam ini, para ahli arkeologi menemui sekitar 2,000 buah artifak termasuk sebilah pedang Goujian.

Ketua pasukan penyelidik melaporkan bahawa mereka menemui pedang Goujian ini di dalam sebuah kotak kayu kedap udara yang terletak bersebelahan dengan rangka tulang mayat seseorang.

• Pedang ini dikenalpasti berasal dari zaman Dinastu Yuen iaitu sekitar 496 SM sehingga 465 SM, berkemungkinan pedang ini berusia sekitar 2,500 tahun.

Pedang ini dinamakan Goujian bersempena nama seorang Raja Dinasti Yuen yang memiliki pedang ini iaitu Raja Goujian.

Ketika zaman pemerintahan Raja Goujian, telah terjadi konflik politik Dinasti Yuen terhadap Dinasti Zhou & Dinasti Wu.

• Para penyelidik terkejut apabila kondisi & struktur pedang ini tetap dalam keadaan baik tanpa karat walaupun tertanam dalam kawasan tanah yang lembap selama ribuan tahun yang lalu.

Pedang ini di bawa ke makmal & diujikaji ketajamannya dengan membelah tumpukan 20 keping kertas. Ya, pedang ini mampu membelah dengan sekali hayunan.

• Pedang bermata dua ini dikategorikan sebagai jenis pedang Jian, iaitu merupakan pedang terawal yang digunakan pada masa awal kerajaan-kerajaan China berkuasa.

Kehebatan pedang ini juga sering dikaitkan dalam kisah mitos rakyat China & pedang ini lebih dikenali sebagai ‘The Gentleman of Weapons’.

• Berbeza dengan pedang Jian lain, pedang Goujian diperbuat daripada kandungan gangsa yang padat & ditepian bilah pedang ini diperbuat daripada bijih timah.

Bijih timah mampu mengekalkan ketajaman & membelah dengan lebih kuat.

• Di samping itu, beberapa kandungan mineral lain turut dikesan dalam pedang ini seperti plumbum, besi & sulfur.

Penyelidik menyatakan, sebahagian besar daripada kandungan sulfur & ‘sulfide cuprum’ yang membuatkan pedang ini ‘rustproof’.

• Ukuran bilah pedang ini 55.7cm, ukuran hulu (gagang) 8.4cm, lebar bilah pedang 4.6cm & seberat 875 gram.

• Di satu sisi permukaan bilah pedang ini terdapat tulisan China kuno yang terukir tulisan ‘Burung & Cacing’.

• Pedang ini banyak bertukar tangan tetapi pedang ini akhir sekali jatuh ke tangan pemimpin Dinasti Chu.

• Lokasi pedang ini sekarang dipamerkan pada umum di Muzium Daerah Hubei, China sehingga kini.

Sumber rujukan : Sword of Swords : The Sword of Goujian, China Culture.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

1 Comment

Leave A Reply