Pada 7 Ogos 1966, satu unit Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditempatkan di Selatan Thailand bagi membanteras aktiviti pengg4nas k0munis telah diser4ng hendap oleh segerombolan pengg4nas k0munis, mengakibatkan seramai 2 orang pegawai dan 6 orang anggota polis terk0rban.
S3rangan tersebut merupakan s3rangan yang mengakibatkan paling ramai k0rban Cawangan Khas semenjak bermulanya Darurat.
Nama-nama mereka yang terk0rban dalam s3rangan tersebut adalah seperti berikut.
1. Senior Inspektor Solomon Samy Chung
2. Inspektor Robert Lee Choon Fook
3. D/Kpl Choo Chan, JPP
4. D/Kpl Lim Teik Piat
5. PC Low Teik Boon
6. Special Government Agent (SGA) Chan Kwai Wah
7. SGA Tsang Peng Wan
8. SGA Lam Ah Choo
S/Inspektor Samy merupakan seorang daripada 4 adik beradik sekeluarga yang menyertai PDRM. Abangnya, George, juga pernah terc3dera akibat sebutir b0m tangan yang dibaling mvsuh dalam satu serbuan. Beliau sepatutnya berkahwin sekitar tarikh 15 Ogos, iaitu seminggu selepas kem4tian beliau.
Inspektor Robert Lee pula telah beristeri. Tetapi tidak mempunyai anak bagi mewarisi nama keluarganya. Beliau dan S/Inspektor Samy adalah anak Ipoh yang telah bersekolah di St Michael Institution.
D/Kpl Choo Chan merupakan penerima pingat Jasa Perkasa Persekutuan pada tahun 1959. Beliau sebenarnya sudah berjaya keluar daripada kawasan bvnuh, tetapi bertindak cuba memanjat bukit bagi membuat gerakan rusuk kedudukan mvsuh untuk membantu rakan-rakan yang terperangkap. Tetapi beliau dikesan mvsuh dan telah ditemb4k m4ti.
Tiada maklumat mengenai ketiga-tiga yang berpangkat SGA. Tetapi kebiasaannya mereka ini adalah bekas anggota PKM yang berjaya dipulihkan dan sanggup mengangkat senj4ta menent4ng bekas komrad mereka.
Tiada maklumat tambahan mengenai dua orang lagi anggota polis yang terkorb4n. Semoga pengorb4nan mereka tidak sia-sia dan terus kekal diingati.
Paling penting dan perlu kita ingat. S3rangan hendap itu berlaku pada tahun 1966. Merdeka pula 1957. Inilah ‘sumbangan’ daripada ‘pejuang kemerdekaan’ yang memanggil diri mereka sebagai Malayan National Liberation Army yang dikawal oleh Parti K0munis Malaya.
RUJUKAN:
Nation before Self, Tan Sri Yuen Yuet Leng.
Saudara Jovian anak Lee (anak saudara Inspektor Robert Lee)
Gambar dari buku Nation before Self.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih