Zoroastrianisme adalah sebuah agama purba Parsi yang diasaskan oleh Zarathustra. Dalam Bahasa Melayu ia lebih dikenali sebagai agama Majusi. Sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w ia merupakan sebuah agama yang dominan di Timur Tengah dan Asia Tengah. Sehingga kini masih terdapat sejumlah kecil bilangan penganut agama Majusi di Iran dan India.

Tempoh pemerintahan Empayar Sassanid dianggap sebagai ‘high point’ dalam sejarah Iran, Kaum Sassanian menghidupkan semula Zoroastrianisme sebagai kuasa yang menyatukan pemerintahan mereka, namun mengalami kejatuhan semasa penaklukan Islam ke atas Parsi pada 633-654M.

Simbol Agama Majusi

Zarathustra dikenali sebagai Zoroaster di Dunia Barat (dari perkataan Yunani ‘Zoroastres’) ajaran ini disebarkan kepada orang Parsi, dahulunya menganut Pagan.

Ajaran yang terkandung dalam Zoroastrianisme sering dibandingkan dengan kepercayaan Abrahamic seperti Yahudi, Kristian dan Islam, kerana ia adalah agama bukan Abrahamic yang memiliki konsep asas ketuhanan yang hampir serupa.

Penganut Majusi beriman kepada Ahura Mazda, ertinya tuhan yang bijaksana dan mereka berpegang pada dua kitab suci Dasatir dan Avesta. disebutkan dalam kitab Dasatir bahawa Tuhan itu hanya satu, tiada awal dan tiada akhir, dia tidak mempunyai ibu atau ayah.

Ada pendapat lain mencadangkan bahawa Zarathustra merupakan seorang Nabi yang membawa ajaran tauhid, namun lama-kelamaan ajaran ini dipesongkan oleh pengikut yang ghuluw atau berlebih-lebihan.

Biografi Ringkas Zarathustra

Setakat ini masih belum dipastikan dengan jelas tentang latarbelakang Zarathusra, di mana beliau tinggal atau tempat beliau dilahirkan.

Duo-Europos, Syria – Gambaran Zarathustra

Satu-satunya sumber Parsi yang boleh didapati adalah dari karya Pahlavi, kitab kesusasteraan Parsi Tengah melalui rekod Sassanian..

Dalam Bundahishn (‘Penciptaan Prima’), sebuah koleksi ensiklopedia Cosmogony dan Cosmology Zoroaster, ditulis dalam bahasa Parsi Tengah dan terdapat senarai pemerintah Parsi boleh ditemui.

Salah seorang daripada mereka ialah Alexander the Great, dinyatakan telah memerintah Parsi 258 tahun selepas zaman Zoroaster.

Sekiranya versi ini diterima, maka Zarathustra mungkin hidup sekitar awal abad ke-6 SM, memandangkan penaklukan Macedonia terhadap Empayar Achaemenid berlaku pada 331 SM.

Isu kehidupan Zarathustra juga telah dibincangkan oleh penulis-penulis zaman klasik, walaupun terdapat percanggahan dengan sumber Parsi.

Ahli Falsafah Greek, Plutarch menulis bahawa Zarathustra hidup 5000 tahun sebelum P3rang Trojan. Jelas sekali, terdapat perbezaan beribu-ribu tahun antara sumber ini dan Bundahishn.

Sarjana moden menganggap bahawa Zarathustra hidup antara 1,500 SM dan 600 SM. Tarikh-tarikh ini telah ditentukan berdasarkan analisis yang dibuat pada kitab Avesta.

1,500 SM diberikan sebagai tarikh yang paling awal berdasarkan struktur linguistik teks, manakala 600 SM telah diberikan sebagai tarikh yang mungkin terkini, kerana tidak ada rujukan dari sumber Achaemenid yang berkuasa di Parsi semasa pertengahan abad ke-6 SM.

Kuil Api Di Iran

Berdasarkan petunjuk yang ditemui dalam Avesta, Zarathustra dipercayai tinggal di suatu tempat di bahagian Timur Parsi. Maklumat lanjut tentang kehidupannya boleh didapati dalam Gathas, Hymns Liturgi Zoroaster(Yasna). Daripada lagu pujian ini, kita tahu bahawa bapa Zarathustra ialah Pourusaspa dan ibunya ialah Dughdova.

Pada usia 30 tahun, Zoroaster menerima wahyu ilahi tentang Ahura Mazda (‘Tuan Yang Bijaksana’) dan Amesha Spentasnya (‘Suci Abadi) semasa melakukan upacara penyucian. Kejadian ini mengubah pandangan beliau tentang alam dan berusaha untuk mengkhabarkan wahyunya kepada orang lain.

Pengikut dan Musuh Zarathustra

Perkhabaran Zarathustra tidak diterima oleh majoriti orang di sekelilingnya. Pada walnya beliau hanya mempunyai seorang pengikut iaitu sepupunya, Maidhyoimanha. Selebihnya, Zarathustra lebih ramai musuh berbanding pengikut kerana ajarannya bertentangan dengan apa yang dipegang oleh masyarakat waktu itu.

Zarathustra menentang pengorbanan haiwan yang dijalankan oleh pendeta pada masa itu untuk upacara tertentu.

Zoroastrianisme adalah agama monotheist(tuhan tunggal), manakala masyarakat Parsi purba ketika itu mengamalkan politeisme(sembah banyak tuhan).

Namun begitu, Zarathustra berusaha untuk menyampaikan ‘wahyu tuhan’ di kampungnya selama 12 tahun.

Oleh kerana usahanya tidak berjaya, Beliau memutuskan untuk pergi mencari tempat di mana ajarannya akan lebih mudah diterima oleh masyarakat. Akhirnya, Zarathustra tiba di tanah Raja Vishtaspa, memerintah kawasan yang dikenali sebagai Bactria.

Raja dan isterinya secara tidak langsung melihat Zarathustra yang ketika itu sedang berdebat dengan ketua agama di negeri ini. Raja itu kagum dengan Zarathustra dan memutuskan untuk menerima ajaranya, lantas menjadikannya sebagai agama rasmi kerajaan.

Illustrasi Zoroastrian 1726

Teks agama utama ialah Avesta yang disebutkan di atas. Perhimpunan dan ritual keagamaan biasanya diadakan di kuil api. Orang Majusi memuliakan api sebagai simbolik kepada kebaikkan Ahura Mazda.

Penerimaan Raja Vishtaspa adalah titik permulaan perkembangan ajaran Majusi, kemudian ajaran Zoroastrianisme menjadi agama rasmi Empayar Achaemenid, Parthia, dan Sassanian, di mana kesemua empayar tersebut berpusat di Parsi.

Menurut sumber tradisi, Zarathustra dib-nuh oleh seorang bangsa Turanian(Turkic) bernama Bratrok-resh ketika beliau berumur 77 tahun.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.