Sejarah penguasaan Islam ke atas wilayah Sind (India) bermula pada era Umawi, khususnya ketika era pemerintahan Khalifah al-Walid bin ‘Abdul Malik.  Wilayah Sind merupakan laluan perdagangan yang utama disebabkan kedudukannya yang strategik. Oleh itu, ramai pedagang Islam ke Sind atas tujuan perdagangan. Namun begitu, golongan pedagang ini juga turut berdakwah di kawasan tersebut sehingga wujud segelinti daripada mereka yang menetap di Sind.

Sejarah mencatatkan bahawa cadangan menghantar tentera Islam ke Sind telah dikemukakan oleh al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi. Beliau telah mencadangkan perkara tersebut kepada khalifah bertujuan untuk melindungi kepentingan dan keselamatan pedagang Muslim di perairan Sind. Gangguan lanun dan kelemahan Raja Dahir, pemerintah di Sind, dalam membendung ancaman tersebut telah menggugat keselamatan pedagang Muslim. Justeru, tindakan ketenteraan dilihat sebagai solusi yang tuntas bagi mengatasi masalah tersebut.

Ekspedisi ketenteraan ke Sind bermula apabila al-Hajjaj telah melantik menantunya, Muhammad bin al-Qasim sebagai panglima angkatan tentera berkenaan. Berbekalkan kekuatan kira-kira 60, 000 orang tentera, Muhammad bin al-Qasim yang berusia 17 tahun ketika itu telah menuju ke Daybul bagi menghadapi tentangan Raja Dahir. Malah, tentera Muhammad bin al-Qasim turut dikuatkan dengan 3,000 ekor unta yang berperanan sebagai pembawa bebanan.

Menyedari ekspedisi yang gagal sebelumnya dilaksanakan dengan menggunakan jalan laut, maka eskpedisi Muhammad al-Qasim kali ini digerakkan dengan menggunakan laluan daratan. Menurut al-Baladhuri, laluan ini terdahulunya pernah digunakan oleh Iskandar Zulqarnain sewaktu berjaya memasuki India. Tujuan misi ketenteraan bukan sekadar untuk menghukum Raja Dahir disebabkan keenggannannya membantu golongan wanita dan kanak-kanak Muslim yang telah ditawan oleh lanun di perairan Sind, tetapi bermotifkan agama iaitu untuk menyebarkan Islam dan menghancurkan perbuatan syirik.

Antara kota yang berjaya dikuasai oleh Muhammad bin al-Qasim ialah kota Daybul. Ekspedisi ketenteraan Muhammad bin al-Qasim di kota Daybul ini disokong oleh ketenteraan laut yang dipimpin oleh Khuraym bin Amir dan Ibn Mughirah yang tiba serentak dengan ketibaan Muhammad bin al-Qasim ke kota ini. Penggunaan kapal laut ini bukan sahaja untuk membawa tentera tambahan dan bekalan makanan untuk kegunaan ketenteraan, tetapi ianya juga berkepentingan untuk mengangkut senjata termasuklah manjanik atau al-Urus (antara senjata penting menentang Raja Dahir).

Kapal-kapal tentera Islam yang membawa senjata ini kemudiannya berlabuh di pelabuhan Daybul. Sebanyak 5 buah manjanik telah digunakan dalam ekspedisi ketenteraan ini. Sebuah manjanik dikendalikan oleh 500 tentera yang terlatih. Jika dikira, jumlah keseluruhan tentera yang diperlukan untuk mengendalikan 5 buah manjanik ini bersamaan dengan 2500 tentera terlatih. Difahamkan juga bahawa peper.angan ini berlangsung selama tiga hari.

Selain itu, antara kota yang berjaya ditawan oleh Muhammad bin al-Qasim ialah kota Nerun. Kota Nerun ditadbir oleh anak Raja Dahir sendiri iaitu Jaisiyah. Kota Nerun ini berjaya dikuasai tanpa sebarang pertumpahan darah apabila penghuni bandar membuka pintu kota setelah Jaisiyah melarikan diri menuju Brahmadabad. Muhammad bin al-Qasim telah memberikan layanan yang baik kepada penduduk bandar dan mereka dibenarkan melaksanakan kehidupan harian seperti biasa. Mereka hanya dikenakan membayar sejumlah kecil Jizyah sebagai syarat untuk dilindungi daripada serangan musuh.

Setelah menawan kota Nerun, tentera Muhammad bin al-Qasim kemudiannya menuju ke Sehwan yang juga merupakan bandar terpenting. Bandar ini ditadbir oleh sepupu Raja Dahir bernama Bajhra. Pada awalnya, beliau berkeyakinan untuk berpe.rang dengan Muhammad bin al-Qasim, namun beliau membatalkan niatnya kerana menerima tentangan daripada penduduk bandar tersebut. Penentangan daripada penduduk bandar menyebabkan beliau melarikan diri menuju ke Kumbh. Di Sehwan, Muhammad bin al-Qasim dan tenteranya membuat persiapan untuk berper.ang dengan Raja Dahir.

Bagi menghadapi Muhammad bin al-Qasim, Raja Dahir telah meminta bantuan daripada kerajaan Hindu yang lain dan beliau berjaya mengumpulkan 50 000 orang tentera berkuda, tentera bergajah dan tentera berjalan kaki yang jumlahnya lima kali ganda daripada jumlah tentera Muhammad bin al-Qasim. Pada 20 Jun 712, pertempuran antara kedua-dua belah pihak berlangsung di kota Rawar.

Muhammad al-Qasim yang belajar daripada kekalahan pertempuran sebelum ini telah menggunakan panah berapi (anak panah diletakkan kapas dan dibakar) bagi mengalahkan tentera bergajah Raja Dahir. Akibat daripada serangan tersebut, khemah Raja Dahir yang didirikan pada gajah tunggangan Raja Dahir telah terbakar sehingga menyebabkan gajah itu sukar dikawal. Akhirnya, tewasnya Raja Dahir telah melemahkan semangat tenteranya.

Akhirnya, Sind jatuh ke tangan Muhammad bin al-Qasim. Beliau telah berkahwin dengan Rani Ladi, balu Raja Dahir di Brahmaadabad. Secara keseluruhannya, kira-kira tiga tahun setengah masa yang diambil oleh Muhammad bin al-Qasim untuk menguasai Sind termasuklah Makran, Multan dan Kaira di Gujerat.

Kejayaan ini dilihat sebagai satu kejayaan yang membanggakan bukan sahaja kemampuan tentera Islam yang digerakkan oleh Muhammad bin al-Qasim, tetapi juga tindakan beliau untuk memastikan setiap wilayah dan bandar yang jatuh ke tangan Islam tidak berada dalam keadaan huru-hara dan terus ditadbir dengan baik.

Artikel dikirimkan oleh Azean untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.