Pada tahun 2017, sebuah pemegang kunci gangsa era Rom ditemui di sebuah tapak rumah era sama di Leicester, England. Apabila pengkaji arkeologi mengkaji artifak berkenaan, mereka mendapati ia melambangkan salah satu daripada hukuman ga.nas yang menanti pesalah era berkenaan: menjadi bahan makanan singa!
Jika diamati pemegang kunci yang turut dikenali sebagai pemegang kunci Friars Causeway, kelihatan ia berbentuk seorang lelaki yang cuba menahan ser.angan seekor singa. Mengikut penulis kajian yang menerbitkan kajian mereka dalam jurnal Britannia, mereka percaya lelaki itu sebenarnya mewakili pahlawan Celt.
Bahagian belakang dan depan artifak pemegang kunci. Sumber: G.Speed/Perkhidmatan Arkeologi Universiti Leicester
Dan ia mewakili nasib yang menimpa mereka apabila Britannia (nama Britain semasa era Rom) jatuh ke tangan Rom. Sementara empat ukiran remaja pada pemegang kunci berkemungkinan mewakili penonton yang melihat hukuman tersebut.
Pemegang kunci ini dikatakan dihasilkan pada 200 Masihi. Pada ketika itu, Rom berada di puncak kekuasaannya semasa menakluk Britannia. Pemegang kunci ini akan menjadi bahan pameran Muzium Jewry Wall pada tahun 2023 selepas ia selesai menjalani proses pemuliharaan.
Kunci yang dimaksudkan.
Dengan penemuan artifak ini, ia mengesahkan hukuman sebegini wujud sekurang-kurangnya di Britain era Rom. Ini kerana menurut John Pearce dari King’s College, London, artifak sebegini tidak pernah ditemui bukan saja di tapak arkeologi Celt dan Rom Britain tetapi di seluruh wilayah yang pernah menjadi jajahan takluk empayar berkenaan. Singa dan haiwan buas lain diimport oleh hartawan-hartawan Rom ke Britain menggunakan kapal dan pedati.
Hukuman sebegini tidak terhenti kepada mana-mana pahlawan yang tewas selepas wilayah mereka jatuh ke tangan Rom. Semasa agama Kristian diperkenalkan di Rom, ramai penganutnya dihukum dengan cara dicampakkan ke Colisseum sebagai makanan binatang buas. Hukuman ini dikatakan dikuatkuasakan pada akhir abad kedua Masihi dan dikenali menerusi dekri damnatio ad bestias. Jika tidak dihukum dengan cara ini, mereka akan disalib atau diba.ka.r sampai ma.ti.
RUJUKAN:
Cowie, Ashley. (2021). Artifact Reveals People Were F.ed To Lions In Roman Britain. Ancient-Origins.




No comments yet