Baru-baru ini, sekumpulan pengkaji arkeologi sibuk mengkaji tapak Thonis-Heracleion di Teluk Abu Qir, Mesir. Dalam kesibukan itu, mereka dikejutkan dengan penemuan artifak bakul buah di situ. Apabila ia diuji untuk pentarikhan karbon, ia dikatakan telah wujud sekitar abad keempat SM!

Sebelum kemunculan Iskandariah, Thonis-Heracleion merupakan pelabuhan penting Mesir semasa era Yunani. Ia terletak 32 km dari Iskandariah dan diasaskan pada abad ke-12 SM. Bagaimanapun, selepas Iskandariah diasaskan oleh Alexander the Great pada abad keempat SM, semua aktiviti perdagangan beralih ke situ dua abad kemudian.2

Franck Goddio yang mengetuai ekspedisi arkeologi bawah air dari Institut Arkeologi Bawah Air Eropah (IEASM) berpandangan bakul buah ini sama ada disimpan di ruang bawah tanah. Atau ia ditanam bersama dengan ma.yat sebagai persembahan kepada dewa-dewi. Semasa ditemui bersama ratusan artifak seramik dan gangsa, bakul buah itu mengandungi kacang doum dan biji anggur.

Antara artifak yang ditemui oleh pengkaji.

Thonis-Heracleion hilang dari catatan sejarah pada abad kedua SM selepas ditenggelamkan ke dalam lautakibat gempa bumi dan ombak besar. Bagaimanapun, siri gempa bumi dan ombak besar bukan saja mengakibatkan kota tersebut tenggelam ke dasar laut. Peristiwa ini turut menyaksikan lebih 110 km persegi kawasan Delta Nil tenggelam termasuk satu lagi kota Yunani, Canopus.

Thonis-Heracleion dilupakan selama berabad-abad lamanya sebelum ia ditemui semula oleh Goddio 20 tahun lepas. Dan sehingga hari ini, beliau melihat kota lama Yunani itu sebagai sebuah tapak arkeologi bawah air yang menarik untuk dikaji pakar-pakar arkeologi.

Contoh paling mudah, penemuan bakul buah itu. Tambah Goddio, ia langsung tidak terusik sekaligus menunjukkan ia digunakan untuk tujuan pengebumian dan disimpan di ruang bawah tanah. Kesimpulan beliau turut disokong dengan penemuan tumulus dan makam yang ditemui berhampiran dengan bakul buah sama. IEASM percaya kebanyakan objek pengebumian di makam berkenaan ditinggalkan oleh para pedagang yang tinggal di kawasan berhampiran.

Goddio percaya kawasan tersebut tertutup untuk tempoh yang lama berikutan mereka tidak menemui mana-mana artifak dari abad keempat SM sebelum ini. Dan ia disimpan dalam ratusan seramik yang diimport dan diletakkan dalam keadaan tersusun. Selain seramik, mereka turut menemui pelbagai artifak gangsa termasuk patung Dewi Osiris, dewi kesuburan mengikut kepercayaan masyarakat Mesir Purba.

Antara patung yang ditemui di Thonis-Heracleion. Sumber: Christoph Gerigk / Franck Goddio /  Hilti Foundation

Pasukan pengkaji turut menemui bangkai kapal ghali era Ptolemy yang berukuran 25 meter panjang. Menariknya, kapal ini menggunakan reka bentuk kapal sama yang digunakan orang Mesir Purba untuk kapal mereka seperti tapak yang rata bagi memudahkan pelayaran merentasi Delta Nil yang cetek. Tambah Goddio, hanya 3% daripada kota Thonis-Heracleion yang berjaya diekskavasi.

Kini, mereka mahu meneroka lebih banyak kawasan untuk ekskavasi. Ini bagi membolehkan mereka menyusun mana-mana artifak yang ditemui mengikut kronologi era asalnya.

RUJUKAN:

Sahir. (2021). 2,400-Year-Old Fruit Baskets Found Underwater at Thonis-Heracleion, Egypt!. Ancient-Origins.

Sumber gambar: Christoph Gerigk / Franck Goddio /  Hilti Foundation


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.