Pemilik nama Yunalis Zarai ini sudah pun mengorak langkah di US. Jika dilihat di carta Spotify, kebanyakan pendengar adalah dari Los Angeles, Chicago, London dan juga Singapura. Bukankah ini membanggakan rakyat Malaysia? Penyanyi dan juga penulis lagu ini berjaya memecahkan rekod setelah memasuki carta Top 10 di Billboard. Malah lagunya juga pernah menjadi soundtrack filem Beyond The Lights (2014).
Buat pengetahuan anda, Billboard adalah jenama media hiburan Amerika yang menerbitkan berita, video, pendapat, reviu, dan juga carta muzik terkini. Ini termasuklah Hot 100 dan juga Billboard 200. Bukan mudah untuk artis memasuki carta Billboard kerana persaingan muzik di sana tersangatlah tinggi.
Zee Avi adalah artis pertama yang menduduki carta Billboard. Melalui album sulung Zee Avi yang berjudul ‘Brushfire Records & Monotone Present: Zee Avi’ mendapat tempat ke-130 dalam Billboard 200 dan No. 2 dalam carta Top Heatseekers pada tahun 2009. Album keduanya pula ‘Ghostbird’ yang diterbitkan pada 2011 berjaya menduduki tangga teratas. Selepas Zee Avi, kini Yuna pula menempah nama dalam carta Billboard melalui album ‘Chapters’.
Yuna juga pernah bekerjasama dengan AG Coco untuk album Material. Menurut AG, sejak dia bekerja dengan Yuna, dia faham dengan kehendak Yuna untuk muzik dan apa yang hendak disampaikan. Yuna juga turut memuji sentuhan AG Coco kerana lagunya terdapat ‘string’.
Awal kemunculan Yuna, dia begitu popular dengan lagu Dan Sebenarnya. Diceritakan juga dari Noh Salleh sendiri, dia berkata Yuna pernah menangis kerana dituduh sombong oleh media. Nasihat Noh kepada Yuna hanyalah satu, “You buat muzik ini untuk siapa?”
Jika dikatakan bahawa artis Malaysia ini tidak berkualiti, marilah kita lihat pencapaian artis Malaysia yang sepatutnya anda banggakan. Ya, semuanya adalah dari indiependent scene.
- Sekumpulan Orang Gila (SOG) merekod album di Perancis.
- Kugiran Masdo merekod album di UK.
- Kapow berjaya tembusi dan buat ‘show’ di China.
- Mafidz perform di International Indie Music Festival.
- Vinyl Angin Kencang Noh Salleh terjual laku di Jepun dan juga menembusi pasaran Indonesia.
- AG Coco menjadi duta gitar Godin berjenama Kanada.
Sememangnya di negara kita sendiri terdapat muzik yang hebat belaka. Janganlah berharap kepada media dan radio sahaja. Malaysia mempunyai ramai pemuzik yang berbakat, bijak dan bakal menempa nama ke luar negara. Jadilah pendengar yang bijak untuk cari sesuatu yang segar. Jika anda mahukan industri muzik baru, maka mentaliti anda perlu berubah.
Jika radio ‘memaksa’ anda mendengar sesuatu lagu, lagu yang teruk pun akan melekat di telinga anda. Pihak radio banyak memaksa netizen mendengar lagu yang tidak berkualiti. Jika dilihat, banyak sahaja muzik yang mahal di Malaysia dan tidak berpeluang untuk masuk radio (meskipun CD sudah dihantar). Pada pendapat penulis, kemungkinan radio mencipta ‘trend’ kerana tidak mahu hilang ‘rating’. Adakah citarasa rakyat Malaysia terhadap muzik ketinggalan? Lagu yang berkualiti perlu diberi ruang. Bukalah minda anda untuk mendengar sesuatu yang baru. Jika bukan anda yang mendengar, siapa lagi?
Anda juga sebagai peminat muzik tidak seharusnya menghalang minat muzik orang lain. Tidak kiralah anda dari genre hip-hop, rock, punk, metal, pop, country dan lain-lain. Penulis memetik kata-kata dari Edrie Hashim : “Muzik semua sama. Semua ada lapan not. Zaman dulu lapan not, zaman sekarang pun lapan not.”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih