Pernah dengar tak cerita Yahudi khianat Yahudi? Cerita ni rare.

Sebab Stella ni merupakan seorang Yahudi German. Dia khianat, bongkar tempat berkumpul secara rahsia Yahudi semua, untuk disalurkan info tu pada Gestapo, satu polis rahsia Nazi.

Stella bekerja dengan Gestapo.

Stella Kübler dilahirkan di German. Keluarga dia middle class. Biasa-biasa. Masa tu, German duduk bawah Nazi. Jadi, macam Yahudi lain, Stella dilarang masuk sekolah negeri.

Dia masuk Goldschmidt School yang mana sekolah ni didirikan oleh komuniti Yahudi sendiri. Dia terkenal dengan kecantikannya di sekolah. Hotstuff, kata orang.

Yahudi di German susah nak dapat kerja. Kena diskriminasi habis.

Stella dan keluarga dia bercadang nak keluar dari German, lari dari Nazi. Tapi, susah nak dapat visa dekat luar negara. Maka, Stella pun habiskan sajalah pendidikan dia dalam program Pereka Fesyen dekat School of Applied Art di Nürnbergerstraße.

Pada tahun 1941, Stella berkahwin dengan ahli muzik Yahudi, Manfred Kübler. Masa tu perang dunia kedua. Program untuk memasukkan Yahudi dalam kem konsentrasi (untuk s3ksa dan bvnvh) oleh Nazi dah mula. Jadi, ramailah orang Yahudi hidup underground di Berlin. Menyorok daripada Nazi.

Pada tahun 1943, Stella dan keluarga dia jadi mangsa. Kena tahan dengan Nazi. Kantoi. Maka kena bawa masuk kem konsentrasi untuk dis3ksa.

Untuk elak kena s3ksa, Stella bersetuju untuk bekerja dengan Gestapo. Polis rahsia Nazi yang tengah nak buru Yahudi-Yahudi yang menyorok ni.

Dengan syarat, keluarga Stella selamat. Stella akan bongkarkan tempat-tempat underground Yahudi kepada Gestapo.

Nazi akan bayar Stella sebanyak 300 Reichsmark setiap seorang Yahudi yang dia mampu kantoikan.

Stella ni akhirnya memang dapat kesan ramai Yahudi, kawan-kawan sekolah dia, kawan-kawan komuniti dia, semua dia kantoikan akhirnya. Semua kena tangkap. Masuk kem konsentrasi.

Malang sekali, Nazi mungkir janji untuk tak sakiti keluarga Stella.

Habis perang dunia kedua, barulah dia kena tangkap dengan Soviet. Tapi hukumannya kerja berat selama 10 tahun. Masa tu, Stella dah pindah ke Barat Berlin. Sampailah habis 10 tahun.

Stella ada seorang je anak, iaitu Yvonne Meissl. Dah jadi jururawat dekat Israel.

Dikhabarkan juga, Stella, selepas perang habis, dia pindah agama. Menganut Kristian dan dakwa dirinya anti-semitik. Dia akhirnya mati bvnvh diri lompat dari apartment dia pada tahun 1994.

Artikel dikirimkan oleh Sadiq Salihoddin untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.